Monday, March 29, 2010

Sarah kena Chicken Pox..aiyaaa!

25 Mac hari tu kitaorg balik kg. Seronok.. Saat yg ditunggu. Dah lama tak balik. Ayah sibuk dengan kebun kelapanya, ibu sibuk masak, chit chat ngan nenek, makcik, bebudak sibuk dengan cousin2 mereka...Pendek kata, semua enjoy la balik kg.

Sedang seronok2 duduk kg...tup2, Sarah kena chicken pox...abis bintat2 badan dia..merah2..kesian ..dia tak demam pulak...Kebetulan ayahnya balik dari kebun bawak balik buah kelapa muda, minum airnya..tu la agaknya chicken pox Sarah nampak jelas keluar. Cuti panjang lagi la nampaknya Sarah. Hari tu kena sakit tangan kaki dan mulut. Habis pecah2 mulut, seminggu baik, kena chicken pox la pulak...Apa boleh buat Sarah...Redhakan je laaa..katanya kena kecik2 ni tak teruk sangat..mmm..memang yer pun...rileks je Sarah...Steady je dia...Cuma gatal je kenkadang dia tak tahan.

Beberapa perkara tentang Chicken Pox
----------------------------------------

- dikenali sebagai cacar air , jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah).
- berpunca daripada virus Varicella (kumpulan virus herpes)
- mudah berjangkit
- semua peringkat umur boleh dijangkiti terutama kanak2 (org dewasa lebih teruk)
- merebak melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti.
- pengidap boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. **aduh!**





Tanda / Gejala
----------------

- demam ( mungkin juga tidak, seperti Sarah)
- terdapat bintik2 merah pada kulit
- kawasan melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh
- bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari (boleh mencecah ratusan biji)
- membentuk gelembung berisi air.
- bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping.
- rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru (menyebabkan parut).
- lain2 -sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu.

Rawatan
----------

- Ubatan anti-viral, Acyclovir atau immuno globulin. Berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti dan mampu mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox.
-Rawatan antibiotik
-Rawatan di rumah, sapu dengan losyen calamine. Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal dan panadol/paracetamol untuk demam.

**sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php




Tuesday, March 23, 2010

Perkenalan

Blog ini adalah untuk berkongsi ilmu, pengalaman, gambar, resepi dan macam2 lagi yg boleh dikongsi.
Diharapnya apa yg dikongsi memberikan manafaat bersama.

Kita berkenalan dulu...

Ini aku











Nama: Zuraini binti Zainal
Tahun lahir : 1977
Tinggal : Paka, Terengganu
Asal : Kuantan, Pahang
Status: Berkahwin
Bil. Anak : 3
Pekerjaan : Surirumah & Usahawan Online **echeh ! **

My best friend ever, my soul, my roommate, my buddy, my boss, my chinta...












Nama : Rozali Khamis
Bekerja : Yes..Oil & Gas Company @Kerteh
Asal : Melaka
Jumpa di : Sek Men. Bukit Piatu Melaka *ekekeke.. :)*


**perkenalan ini akan bersambung lagi nanti... --> Akan Datang - tentang anak2

Monday, March 22, 2010

Hello..

Assalammualaikum...
Hello people...i will start writing soon.. ;)