Wednesday, July 28, 2010

Mataku, Jangan Lena Dulu...



Mataku, janganlah engkau lena dulu. Bukan tidak mahu tidur. Tapi memaksa untuk tidak tidur lagi malam ini. Malam ke??? Arggghh...sudah pagi. Jam di dinding telah menunjukkan 3.15 pagi...ngantukkkkk...tapi tu lah...masih ada kerja yg belum dibereskan.
Blog bisnes ku "Chantek Tudung" sudah lama tidak dikemaskini. Semenjak masalah perhubungan internet melanda...sudah terlalu lama ia dibiarkan. Bisnes pun sudah tidak bergerak aktif.



Ekoran dari itu, aku merancang untuk membuat Jualan Penghabisan Stok. Kasi clear semua stok2 lama, insyaallah, puasa esok boleh masukkan stok2 baru pulak.
Jadi kesempatan yang ada ini, aku kena teruskan juga mengemaskini blog ku itu. Kalau buat di siang hari, alamat tak bergerak laaaa...Masa siangku, agak sibuk. Memang tak sempat nak buat apa-apa.

Kenapa masa terlalu pantas berlalu yer??? Kata org 'Tanda2 KIAMAT semakin dekat'.. Aduh!



Ya ALLAH..Jangan jadikan aku ini umat MU yang lalai. Leka dengan duniawi sampai lupa bekalan akhirat kelak. Amin.

Aku tidak berhajat membuang masaku yg sedikit ini di sini. Sekadar singgah sebentar dan menitipkan beberapa baris ayat...wah!!! Beberapa baris ke ni...??? TERLEBEY SUDAH !


Jangan lupa singgah @ Chantek Tudung ya! Clearence SALE !!!


Daaaa...


Zuraini bt Zainal

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Sya'aban 1431H


Copy dari email. Terima kasih kepada pengirim yg sudi berkongsi dan ingat-mengingati. Moga segala usaha diberkati . Amin.

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk makluman...sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010)
malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban
1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam
untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar
menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang
baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam
Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam
iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada
didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke
langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku
perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku
ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan
diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang
berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita
derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Wassalam.

Tatacara Solat Sunat Nifsu Sya'aban
------------------------------------------
Sumber diperolehi dari blog
Kebangkitan Cahaya Islam.

Niatnya : Usholli sunnatan nisfu sya'ban rok'ataini (imaaman/ma'muuman) lillahi ta'alaa. Allaahu akbar
(Aku niat shalat sunat nisfu sya'ban 2 rakaat (menjadi imam/makmum) karena Allah Ta'ala. Allahu akbar.

Banyaknya : 100 rakaat (50 kali salam) lebih baik berjamaah.

Bacaannya: Setiap rakaat setelah Fatihah membaca surat al-Ikhlas (Qulhu walloohu ahad) 10 kali

Waktunya : Setelah shalat sunat ba'diyah Maghrib kemudian dilanjutkan setelah Isya (Fardhu Maghrib, dzikir, ba'diyah Maghrib, Nisfu Sya'ban, (masuk Isya), shalat sunat qobliyah Isya, Fardhu Isya, Ba'diyah Isya, dzikir, lanjutan Nisfu Sya'ban;).

Do'a setelah shalat sunat Nisfu Sya'ban:



Ertinya : "Ya Allah! Tuhan yang membangkitkan dan tak ada yang sanggup membangkitkan kecuali Dia, ya Tuhan yang Maha Luhur dan Agung dan yang Maha Pemurah memberi nikmat-nikmat. Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Engkau yang menolong orang-orang yang memohon pertolongan dan melindungi orang-orang serta mengamankan dari sekalian yang dikhawatirkan dan ditakuti.



Ya Allah andai kata telah ditakdirkan di sisi Mu akan daku dalam buku Azaly, bahwa aku celaka dan sedikit rezeki, terusir dan diharamkan akan daku maka hapuskanlah (apa-apa yang tercatat/tertulis dalam buku Azaly itu) dengan kemurahan-Mu. Dan tetapkanlah di sisi-Mu dalam buku Azaly itu (tukarkanlah akan keadaan di azalyku itu) dengan kebahagiaan lagi memperoleh rezeki yang dipergunakan untuk kebaikan, sesungguhnya Engkau berkata dan kata-kata-Mu adalah benar; sebagaimana tercantum di dalam Kitab-Mu yang Engkau turunkan atas lisan Nabi-Mu yang diutus (Muhammad saw.), "Yakni dihapuskan Allah barang yang dikehendakinya (perkataan/pernyataan yang menyimpang) dan ditetapkan-Nya di sisi-Nya di Azaly".




Ya Allah dengan keagunganMu pada malam Nisfu Sya'ban yang mulia / berkat ini, yang memisahkan kepadanya tiap-tiap perkara/keadaan dan urusan yang tepat dan yang dipastikan, hindarkan ya Allah kami dari bala'i/musibah yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan Engkaulah yang lebih mengetahui dengannya, sesungguhnya Engkau Maha Agung dan Pemurah ". Washallallahu 'alaasayyidina Muhammadin wa alaa aalihii washohbihii wasallam. Walhaldulillahi robbil 'alamiin.


Zuraini bt Zainal

Thursday, July 22, 2010

Cuti.

Selasa 20 Julai, Terengganu cuti, menyambut Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Daulat Tuanku...ewah! So aktiviti yg biasa2 pada hari Selasa, semua jadi macam hari Sabtuuuu.. Indah sungguh. Bangun lambat..golek2, guling2 atas tilam...takyah gosok baju, takyah kejut bebudak bangun tidur, takyah kejut ayahnya bangun tidur, malah...diri sendiri pun takyah paksa untuk dibangun coz breakfast pun tak perlu terkejar2 nak buat. Mereka semua tidur lagi. Beli karang pun takpe...Ahhhh..alangkah seronoknya kalau hari cuti.



Daulat Tuanku!


Tapiiii...arrghh!!!...segalanya angan belaka...Hafiy bangun seperti biasa...Dia tak tahukan hari ni COTI!!! Oh anakku...!! Berilah Ibu cuti separuh hariii... Kita tak kejutkan dia, tapi dia yang kejutkan kita ajak bukak pintu, mintak itu mintak ini dan ajak main segala....waaaaaaaaaaaaa!! Tidak...nak tak nak layan jugakkk...huhuhuhuhu

Hari ni, kitaorng sudah merancang aktiviti. Kalau tak balik kampung Melaka, atau Kuantan, takde lain aktiviti kami ...hanya ke BEACH !! Terengganu nie sepanjang2 laluan tepi laut. So itu je la tempat yg biasa kami pergi kalau dah boring duduk rumah terperap. Kat sini shopping mall kurang. Panggung wayang takde. Jadi kami kalau ke pantai, kalau tak mandi manda, pergi makan keropok je ker, main kat playground ke, semuanya dekat dan di tepi laut. Nyaman sungguh suasana kalo duduk tepi pantai ni. Memang syiokk!

Antara fav pantai yg biasa kami pergi...
1. Pantai Cherating (Pahang) - mandi manda, piknik
2. Pantai Dungun - playground nya tepi pantai
3. Pantai Teluk Bidara - port baru...sangat cantik.. mandi-manda, piknik
4. Pantai Paka - makan keropok, minum ABC, air jagung dia pun best!

Untuk cuti kali ni kami pergi Teluk Bidara. Masuk ke dalam, kena lalu kawasan kg nelayan. Agak ke dalam sikit, dan berbelit2 sikit. Ekceli ni untuk jalan dekat. Kalau ikut jalan jauh laluannya senang sikit. Dulu kami pun pakai redah je. Kalau sesiapa yg familiar dengan Tanjung Jara Resort, kawasannya berdekatan lah dengan Teluk Bidara ni.
Nak cerita panjang-panjang pun cam tak seronok ngat. Jom kita layan gambar-gambar yg sempat disnap ketika beraktiviti.


Antara view Teluk Bidara...



Camera HP ja, maybe kurang cantek..


Hakikatnya, tempat ni cantik...



Main2 pasir...



lagi...



Main pasir..pasir sangat bersih **masih belum dicemari**




Ayah dan Hafiy, main pasir lagi



Sarah, aksi terapungnya



Derang 3 beranak je mandi..air jernih, bersih...best!



den tak join, "tidak mengizinkan" huhuhu



Mandi2...sangat best..air tenang sekali.



Aku...pose sendiri



Aku dan Abang bulat....

Kalau ada yang berkesempatan datang TERENGGANU, jangan lupa singgah sini..Sangat best...Pantai masih bersih, kurang tercemar, cantik, damai sekali....

Antara gambar menarik TELUK BIDARA, TERENGGANU dari ABANG GOOGLE...



JOM JALAN2 TERENGGANU !!

Zuraini bt Zainal

Monday, July 19, 2010

Projek Petang Hari

Wah hari ini dah terlebih sudah... 2 post 1 hari.....walah,walah, walahhhh....melepaskan gian setelah sekian lama menyepi.

Pagi cerita pasal Hafiy. Petang ni cerita pasal Sarah dan Haziq pulak. Ingat kalau dapat buat post camni hari2 ok juga. Tahu apa yg dah buat untuk hari itu. Dan yang paling penting, ibu nak make sure ibu ada buat sesuatu untuk anak-anak ibu sementelaah ibu ini tidak bekerja.
Ibu duduk rumah, konon boleh fokus kat anak-anak, tapi apa yang ibu dah buat utk mereka? Hmmmm....so ibu rasa kena lah di dokumenkan sebegini agar ibu tahu yg ibu dah buat sesuatu untuk mereka pada hari itu. Kalau tidak sering rasa bersalah aje.....Selalu rasa Ibu duduk rumah, tapi sibuk seperti ibu pergi bekerja jeee.

Ok apa aktiviti mereka hari ini...?

Hari ini aktiviti mengunting , gam, gunting...ada la selit2 mewarna.. Kami buat kad gambar2 sayur dan buah-buahan. Belajar mengenal sayur dan buah (fruit and vegetable). Print gambar. Gunting2. Lekat kat kertas tebal. Gunting lagi. Dan kemudian ajar mereka untuk membezakan yang mana vegetable dan yang mana fruit.

Sumber-sumber dapat dari website ni. Dapat semangat dan aura nak buat sesemua ni dari blog yg ni. Haaa..tgk dari blog mama home school ni la, diri ini terpanggil nak buat sesemua ni. Thank you. Hopefully semangat ni akan berterusan la hendaknya. Amin.

Antara gambar-gambar yang sempat di snap...


Ni la hasilnya..taraaaa..sengget bengget..




Proses pembikinan...gunting-mengunting




Tampal menampal



Tampal-tampal lagi...



dan lagii...

Apa pengalaman dan pengajaran yg IBU dapat...
- patut la kita tak layak jadi GURU....terasa diri ini garang laaaa...coz kalau mereka2 ni tak ikut instruction...rasa nak marah je....(sore ader naik sikit) tapi kita xplain kat derang...
"IBU tak marah, tapi HAVE TO SPEAK LOUDER...CAM TEACHER...KAN SARAH..?" Sarah angguk je...betullah tu. hahahaha
- kena sabar mengajar
- kena ada skill nak tackle bebudak ni
- kena bersedia ; bahan2 kena sedia awal2 kalau dak mood mereka akan hilang dek menunggu kita..

Sebelum2 nie, ader jugak beraktiviti ngan derang tetapi tidak di dokumenkan..ekekeke...so mulai sekarang kalau sempat kita update ek....
Untuk tatapan diri sendiri juga... Takut sedar tak sedar..tup2 derang dah besar jeeee....sure RINDU saat begini...huhuhuh


Zuraini bt Zainal

Hafiy @ Home




Saya Hafiy... Ahmad Hafiy bin Rozali. Apalah yg Hafiy buat kat rumah bila kakak dan abangnya ke sekolah?
Hmmm...macam2 buat. Bila dah habis idea, datang kat ibu dan minta susu.. Perkara biasa.

Hari ini, sudah 2 hari aku ajak dia duduk depan pc. Bukakan website yg dulu kakak dan abangnya suka buka. "Learn to Read with Phonics"
Aku perasan Sarah dan Haziq cepat mengenal huruf melalui website ini. Dan banyak perkataan-perkataan baru yang dia dapat. Tahun lepas Haziq, akak ke sekolah dia tak ke sekolah itu lah yang di mengadap setiap hari..sampai la nie dah boring sebab dah kenal dah semua huruf-huruf tu.
So sekarang nak praktis kat Hafiy plak. Nampak dia sudah boleh ikut dan bunyikan sikit-sikit. Kalau hari-hari buka dan jadikan rutin hopefully cepatlah Hafiy mengenal huruf. Lebih baik lagi kalau boleh membaca seawal yg mungkin. Bukan nak paksa. Kalau dia mampu why not..
Dari dia boring tengok kite je mengadap pc, so kite kena kasi chance la dia mengadap sekali sekala.

Apa yg menariknya webiste ini pada pandangan ku ??
- menarik perhatian. budak suka nak tengok..bulat mata..galik
- mudah, simple, sebutannya yg jelas, berulang2
- gambar, warna yg sesuai utk kanak2
- membantu kanak2 membaca, even mak budak pun
- kaedah yg bagus utk membantu kanak2 cepat membaca (kaedah phonic)

Gambar-gambar yg sempat di snap Hafiy @ Home....


D, "deh" dancing doll



C "keh" computer

Dapatlah dia mengadap sampai huruf D..hihihihi....Takpe esok-esok sambung lagi. Hopefully ibu dia nie konsisten la nak temankan Hafiy mengadap pc....huhuhuhu.


Chan Chin Chow!


Zuraini bt Zainal

Saturday, July 17, 2010

Blog dah penuh habukkk!!

Arghhh...!! Lama sungguh tidak menjenguk. Memacam hal..sibuk dengan kerja-kerja rumah, sibuk packing barang nak pindah, sibuk berpindah, sibuk kemas rumah yg baru pindah, sibuk dengan jiran2, sibuk dengan line tepon takde, yg paling berat line tenet takde...arghhhh..sungguh mengharukan...



Pindah rumah? Yes, KENA pindah rumah..KENA HALAU?? Boleh dikatakan begitu laaa tapi dengan cara yg paling halusss...Hmmm...apakan daya. Tuan rumah yg baru ( dia baru beli rumah yg kami duduk tu, dari tuan rumah lama) nak renovate rumah dia...takan kami nak stay lagi kat situ kan...? Selesa ker? Memandangkan rumah sendiri (dah dekat 2 tahun menanti kunci) belum available lagi, jadi kami nak tak nak, rela tak rela kena pindah lah juga...huhuhuhu...

Semenjak pindah rumah, line telefon takde. Maka, streamyx pun takde. Dekat sebulan apply utk transfer line...baru boleh dapat...aduhai...lambat sungguh. Tak dapat lah den nak buat pape..Tapi ada baiknya juga. Disebabkan line takde, tak dapat nak bertenet maka fokus lebih banyak kepada kerja2 rumah... So rumah pun dah siap kemas sepenuhnya..lega...penat toksah citer laaaa..huhuhuh....

Sekarang life dah normal....so far duduk sini lagi best larrr.....jiran best, rumah kecik (tak teruk nak kemas), rasa selamat, anak2 ramai kawan, happening..kami mmg tak menyesal duduk sini...Detail lain kali cerita ye...cam dah panjang lebar plak.....

Jumpa lagi....


Zuraini bt Zainal