Mmmm...Tapi kami kalau dah mula boring duk terperap aje kat rumah, biasanya ke pantai Paka lah kami beraktiviti. Tapi bukan untuk mandi-manda, tetapi jalan-jalan cari makan. Pantainya kurang sesuai *ombak besar dan tidak landai* bahaya bagi mereka2 yang tidak ada skill berenang.
Biasanya kami ke sini untuk menikmati minum petang sambil ditemani angin dan bunyi deruan ombak yang memecah pantai..wah!! Tempat sempoi je. Cam ala-ala pondok je gitu. Makan keropok, cucur udang ke, laksa penang, mee sup ke, mee goreng, pisang goreng.Macam-macam..Banyak deretan kedai kayu di sini.. Pilih sahaja la kedai yang mana satu. Kebanyakan menjual menu yg sama...Cuma kedai pilihan kami ni best sikit sebab dia ada laksa penang dan air laicikang kegemaranku....Nyamannn, nikmatttt....Sekali sekala datang kat sini memang mengasyikkan.. * boring juga hari2 masak kat rumah..hihihih*
Rupa kedainya..ala tak jelas sangat la...
Big boss sedang mengawasi Haziq yang tidak mampu menguasai diri untuk tidak mencecahkan kaki ke air...
Ini sahaja yang dibenarkan, nak mandi, ombak besar..
Itu la aktiviti kami sekiranya tidak keluar ke mana-mana. Samada makan-makan di tepi pantai atau pun mandi-manda kat sini.. Mana lagi nak pergi...?? Huhuhuh...
Tapi ok laaa...tak banyak duit habis..Kalau duduk bandar besar, boleh? Hihihih...
We love Paka! :)
Tapi ok laaa...tak banyak duit habis..Kalau duduk bandar besar, boleh? Hihihih...
We love Paka! :)