Ini adalah tajuk rancangan kat TV3..sempena Hari Raya Aidil Adha tempohari...Hari ini baru aku berkesempatan menontonnya kat TONTON. Tengok promo je dah rasa teruja nak menonton. Tapi tu lah baru hari ni dapat tonton sambil ditemani Sarah di sebelah. Sebak, menitik air mata ditengah-tengah malam ni. Sarah siap bawakan tisu untuk ibunya...waaaaa!!
Sungguh menyentuh perasaan, insaf, sedar diri, sungguh memberi inspirasi kepada orang yg kurang motivasi seperti aku nih. Oh! Hebat wanita yang bernama Muhaya. Bukan calang-calang Dr Pakar Mata ni.
Prof Dr Muhaya
Ini diantara beberapa kata-kata yang terkesan di hati :
1. org yang bersikap negetif biasanya banyak penyakit, susah hati, tidak berjaya dalam karier dan tidak berjaya dalam rumahtangga.
2. org bersikap positif, murah hati, baik biasanya berjaya dalam segala hal.
3. kehidupan kita ini terhasil daripada pilihan yang kita buat.
4. jangan kejar cita-cita tetapi kejar makna, kerana cita-cita adalah pandangan manusia, makna adalah pada pandangan ALLAH.
5. kita mengajar bukan untuk menunjuk2 kita pandai , tetapi untuk memberi memberi manafaat
6. hikmah menjaga IBU (org tua kita) amat besar ganjarannya.
7. kita mesti sentiasa bersangka baik, firman ALLAH " AKU adalah sangkaan umat KU"
8. jangan membuat sesuatu untuk mendapat nama, pujian dan perhatian org, tetapi untuk keredhaan ALLAH.
9. jangan mengejar dunia, nama, harta dan pangkat biar ia mengejar kita.
10. jika kita mengejar akhirat, dunia pasti datang.
11. niat, segala-gala untuk mendapat keredhaan ALLAH.
12. kita perlu memohon untuk mendapat hidayah.
13. kita dapat merasakan kita mendapat hidayah ALLAH apabila, ada sesuatu yg mengajak kepada kebaikan kita rasa ingin melakukannya.
14. hiduplah dengan niat untuk memberi manafaat dan mendapat keredhaan ALLAH.
15. mendapat pujian manusia tidak tentu mendapatkan keredhaan ALLAH. Tetapi jika kita berusaha untuk mendapat keredhaan ALLAH, pujian manusia tentu ada.
16. untuk mendapat sesuatu, kita mesti mencari sesuatu.
Antara mana yang sempat tersemat dan terlekat dihati. Moga-moga semua ini memberikan motivasi, semangat untuk menjadi orang-orang yang memberi manafaat.
Lebih baik tonton sendiri...jangan lupa register dulu ye!