Thursday, February 23, 2012

Panduan Mandi Wajib Dengan Betul.




Salam.

Jom kita periksa adakah BETUL cara atau kaedah mandi wajib kita. Ia nampak seperti remeh, enteng dan mudah. Tapi adakah cara yg kita praktiskan selama ini telah melepasi syarat2 wajibnya.


Akibat dari mandi wajib yang tidak sah, akan menyebabkan ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Minta dijauhkan...



RUKUN MANDI WAJIB

1. NIAT -

" Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala. " @ " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Untuk wanita selepas haid - " Sahaja aku mandi hadas haid kerana Allah Taala."
Untuk wanita selepas nifas - " Sahaja aku mandi hadas nifas kerana Allah Taala."

Niat perlu dibaca di dalam hati dan hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Niat jika dilambatkan atau dibaca selepas membasuh salah 1 anggota badan, mandi wajib itu TIDAK SAH. Jadi perlu berniat kembali dan pastikan niat mesti diiringi bersama dengan air yang sampai ke mana-mana bahagian badan.

Berniat sebelum air sampai ke mana-mana bahagian badan juga TIDAK SAH.

2. MENGHILANGKAN NAJIS DI BADAN

Menurut Imam Nawai, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi boleh disekalikan.

3. MERATAKAN AIR KESELURUHAN ANGGOTA BADAN YG ZAHIR.

Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.

Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.

Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.

Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

SUNNAH-SUNNAH MANDI WAJIB.

1. Membaca bismillah

2. Membasuh kedua-dua tangan

3. Berwuduk sebelum mandi

4. Menggosokkan tangan keseluruhan badan ~ utk membersihkan

5. Mendahulukan anggota kanan sebelum kiri, seperti mengambil wuduk.

Ini adalah secara ringkas sahaja. Untuk penerangan yang lebih details boleh google atau rujuk sumber yang dirujuk ini.



Moga-moga sumber ini dapat memberikan sedikit ilmu, kesedaran dan peringatan buat kita semua...Mana tahu kan apa yg kita praktiskan selama ni tak sempurna...


Salam sayang...

Monday, February 13, 2012

6 Cara Mudah Membuat Anak Merasa Disayangi



Pose yg paling ceria sekali ketika nak ke sekolah...Biasa2 melalak...huhuhu


Saya copy paste je dari iluv Islam...utk rujukan ..


Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya

Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."

4. Dengarkan kata-katanya

Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.

Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

- Artikel iluvislam.com




Wednesday, February 8, 2012

Walnut Cinamon Roll

Yey! Dah lama tak membaking...akhirnya...
Tapi tu laaa...penat..penat membebel...hahaha...biasa la kalau dah reramai tu, semuanya nak membantu...dari petang mengulinya...dah malam baru dapat makan...huhuhhu
Sedap..resepi ni sedap..walaupun agak leceh sikit, tapi berbaloi mencubanya.
So jangan tak cuba, cuba taw!
Ini percubaan kali kedua ku....


Ini lah rupa cinamon roll saya...Macam takde rupa...tapi rasa ADA..ekekeek

Resepinya di copy paste dari myresepi.com.

Bahan-bahan ( 9 biji )

*Doh roti

250g tepung roti
50g tepung gandum
50g butter
+/- 125ml susu segar
1 biji telur
6g (2 sudu kecil) dry yeast
1/2 sudu kecil garam; 30g gula halus

*Sapuan

25g butter lembut
*cinnamon sugar
25g walnuts
50g gula halus
1 sudu besar cinnamon powder
1 sudu besar tepung gandum

*Cheese frosting

25g cream cheese
25g butter
40g gula aising
sedikit esen vanila
Cara-cara

Ayak tepung. Dalam bekas lain, campur susu dan telur biar jadi 200ml. Kemudian masukkan gula dan garam ke dalam susu dan telur, kacaukan.

Buat lubang ditengah, masukkan sikit-sikit campuran telur dan susu tadi sambil digaul sehingga berketul. Keluarkan dari mangkuk dan letaklah di atas papan canai.

Buka sikit doh tadi seperti dalam gambar dan letaklah yis ditengah. Tutuplah yis dengan doh. Kemudian uli dengan perlahan supaya yis tak terbang.

Uli sehingga tak melekat ditangan.

Bahagikan butter kepada 3 bahagian. Ulikan sikit-sikit dengan doh tadi sehingga licin.

Masa menguli dari letak dry yeast sehingga jadi doh yang licin memakan masa 15-20 minit. Bila doh ditarik dengan dua tangan akan membentuk lapisan nipis dan nampak kesan jari, bolehlah berhenti mengguli.

Sapukan mangkuk dgn minyak atau butter. Letakkan doh di dalamnya. Tutup dengan plastic wrap. Biarkan naik 2 kali ganda.

Tip: kalau tekan dgn jari dan nampak kesan jari, maksudnya doh kita tu dah naik.

Goreng atau bakar dgn oven walnuts dulu sebelum digunakan.

Campurkan semua bahan untuk cinnamon sugar. Ketepikan.

Canaikan doh selebar 20x40 cm . Sapukan dengan butter yang dah lembut . Biarkan 1cm pada bahagian hujung doh tidak disapukan butter.

Kemudian letakkan cinnamon sugar tadi.

Lepas tu gulung dan tekan-tekan bahagian tepi biar bercantum. Kemudian bahagikan kepada 9 bahagian.

Letakkan bahagian yg dipotong ke atas di dalam bekas atau loyang yang sesuai.

Penaikkan sehingga 2 kali ganda.

Bakar selama 10 minit dengan suhu 190C. Kemudian turunkan suhu 180C. Bakar lagi selama 5~8 minit.

Sementara itu sediakan cheese frosting. Campurkan semua bahan-bahan untuk frosting. Pukul sehingga licin.

Letakkan frosting ketika roti masih panas-panas.

*TIP: Panaskan semula sebelum dimakan lagi rasa sedap..

------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana berkongsi.
Untuk lebih jelas (ada gambar ) klik sini ----> RESEPI Walnuts Cinamon Roll


SELAMAT MENCUBA !

Tuesday, February 7, 2012

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri.

Salam Maulidur Rasul.



PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


doa.

zikir.

itulah kekuatan seorang muslim :)

sumber : Facebook : Kami Sokong Tok Guru

Monday, January 30, 2012

Can you raise smarter kids?





Bolehkah? Bagaimana? Jom baca!



Should you feed your child more fish? How about supplements like vitamins and minerals? Should you send your child for holiday courses and seminars? Surely, training both the right and left brain will help?

These are just some of the common methods that parents use in the hope of making their child “smarter.”

Is it possible though, or is it just a myth? Can you actually make your child smarter?

Consultant paediatrician Dr Azam Mohd Nor gives parents hope. While there are certain things that will help, he admits there is no clear recipe for making a child smarter.

Dr Azam explains that it starts from the womb and good nutrition. The mother should eat nutritious food and take folic acid pills when pregnant, especially in the first trimester.

“The growth rate of the development of the brain happens very much within the first trimester and this is where the development is very important. And that's why it is important for the mother to take proper nutrition from the word 'go.'

“There are some studies showing that women who are at the age where they might conceive should already take folic acid because a deficiency in folic acid can cause a neural tube defect in the baby – which is a defect of the brain.

“This is a very direct association that is proven and therefore it is an important factor in the development of the child,” explains Dr Azam.

Mother's milk

According to him, it is a fact that children who are on breast milk tend to have a higher IQ compared with children on infant formula.

“Studies have shown that the IQ is eight points higher compared with the child who is on infant formula. The reason is that the content of the nutrients in breast milk is far more superior compared with the content of nutrients in infant formula,” he says.

Dr Azam adds that breastfeeding offers the most important nutrients for the child. However, that is not to say that a child who is breastfed for two years will be smarter than one who was breastfed for nine months.

This is because after the first six months, breast milk is no longer the child's only form of nutrition. It is a good supplement but the child would also be on some solid foods by then.

“A lot of times, parents fail to give the right kinds of food to the child and this might cause problems,” says Dr Azam.

DHA

He informs that DHA (Docosahexaenoic acid), one of the Omega-3 fatty acids found in fish, is important for brain development. However, not enough is known about exactly how much DHA is required.

“Breast milk is a gold standard; it provides the baby with DHA. In some of the infant formulas, there is DHA. But, how good is this DHA? Nobody knows whether this is going to be able to function as well as the DHA in the breast milk. Nobody can tell. But there are some studies to show that it helps,” he adds.

Hence, fish as brain food is not a myth, says Dr Azam, as fish like tuna and cod contain DHA.

However, with all the current fears of mercury toxicity, some groups are reluctant to eat fish. Dr Azam explains that not all fish are affected and if parents are worried, then they should go for the small fish such as cod.

“Fish contain a lot of good fats – we're talking about the Omega-3 fats. The Omega-3 fats is the one that is in the brain and helps brain development. So, therefore the people who eat this fish tend to have better brain function,” he says.

According to Dr Azam, researchers have found that the Eskimos don't have a high incidence of Alzheimer's disease because of their diet, which obviously is mostly fish.

“These are important. One should never undermine good nutrition,” says Dr Azam.
Right and left brain

As for using both the right and left brain, Dr Azam explains that there are studies to show that the right brain is more involved in creative thinking and the left brain is more involved in logic thinking.

“The brain is like an organ or a muscle. It can be trained to be used in a certain fashion. If you are always training your brain in a logical manner, then you tend to use your left brain more. But, if you are a bit more on the creative side, then your right brain is more dominant. But, this is all training and there are also ways or mechanisms to make sure that both sides are being trained. This is where you have all these developmental programmes where they train the right and left brain brain. I don't think it is actually a myth. I think it is a way to help to create the child's thinking,” says Dr Azam.

However, he warns against being too rigid when trying to be creative. For example, if a child is allowed to paint freely – he is using his right brain. However, when the child is sent for art classes and taught the “right” way to paint … then that would be using the left brain more!

The same goes for those rigid and highly-repetitive piano lessons. While you think you're sending your child for a creative class, your child would be using more of the left brain than his right!

TV and videogames

Dr Azam doesn't believe in over-stimulating young children with TV exposure. According to him, in France, baby television and educational television have been banned because it is believed that children who watch too much television tend to have communication problems and it reduces their intelligence potential.

“In my opinion, they shouldn't watch TV under the age of two. It's not good for them. I may not have the studies to show it, but I think that's one of the main reasons why more children today are a bit slow with their speech development. I feel that a lot of children now have issues with what we call mild autism.

“What happens is the parents are working and the maid is looking after two or three other children. So, they switch on the television and the child watches from morning till night. Even their meals are taken in front of the TV. At the end of the day, there's a bit of interaction with the parents. What kind of social development can there be? Again, the child learns from what he or she sees and so they mimic what they see on television.

“What is more interesting now is that you will notice there are a lot of younger children who speak with an American accent. It is because this what they hear and see,” says Dr Azam.

He explains that the TV only gives one aspect of stimulation; there is no touch and no interaction.

This can result in the child not developing as well socially and being a bit slow in communicating. Parents' desire for an instant diagnosis and solution can lead to the child being misdiagnosed and even labelled wrongly. The labels include “autistic,” “dyslexic,” and even “ADHD child.”

“This is what I feel sad about – society is in too big a hurry to label a child. It's like we can't wait and give the child a chance to develop.

“I think this is something that a lot of parents should learn – not to be so quick to label their kids as dyslexic or autistic or having ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). I've seen parents coming in with their two or three year old claiming their child has ADHD. It's too soon and it's very frightening the way things are going,” he adds.

He warns against over-exposure to videogames, as well. With so much movement, colour and excitement, videogames are so exciting to the child that school in comparison becomes boring. This, he says, creates inattention in the child.

Dr Azam recommends parents cut down on their children's videogaming and television time and spend more time with nature, instead.

“Chances are they will be more attentive in school,” he says.

Giving kids time to develop

Patience is a virtue that parents need to have. Sometimes they're in such a hurry for their child to learn and grow smarter that they don't give the child time to develop.

Dr Azam gives the example of a child at birth and one at 12 months old – the difference is tremendous. A newborn sleeps and drinks milk. A 12-month-old can interact and start communicating. Similarly, children born in January and December of the same year are going to be at different stages of development.

“What happens to the children who are born in December when they are put in the same class as those who are born in January? Even though you may think there is no difference at all, obviously there is some difference in the maturity of the child.

“So, there might be issues with that which are not being looked into. Maybe, children born early in the year tend to be able to understand things better, concentrate better and achieve things better.

“Whereas those who are born in December may be more slacking in a lot of things that they do. That's why there are some studies to show that children who are born in the first six months, from January to June, tend to do better in class compared to those born at the tail-end of the year,” says Dr Azam.

He also emphasises that all children learn differently.

“This is something parents must understand and look into. Some people are more into words; some are into numbers; some learn through pictures; and some through reading.

“So, parents need to evaluate how the child functions, what makes them tick, and use that to increase their potential.

“And, that is where a lot of education systems fail because this doesn't happen,” says Dr Azam.

He emphasises the need to nurture the child's curiosity and sense of exploration from a young age.

“That's important. A child's brain is like a sponge – it absorbs everything. So, it is important for you to nurture that curiosity. They also have an ability to imprint information – they look at things and they learn from it. In fact, they learn a lot from just observing their parents and family members.

“That is the reason why parents need to be good role models. You must be good role models because the child will learn from you. Whatever you are doing, they will do the exact thing.

“You may tell a child not to smoke. But if the father and mother are puffing away, the child will learn that smoking is not bad.

“This is a very strong mechanism of learning. They tend to learn by what's going on around them.

“Yes, you need to expose them to their surroundings and show them things but you also need to be very careful about what kind of exposure you give to your child,” he warns.

Conclusion

Everything interplays but nobody can give you an exact figure of how much comes from genes, nutrition, stimulation and the environment.

What can one do then?

“Optimise everything. Make sure everything is being looked into and optimised to make sure that the child achieves his fullest potential.

“At the end of the day, it's about just doing enough, and not doing things excessively. It's all about the yin and yang – having a balance. Having DHA is good but if I feed my child a lot of DHA, it might be detrimental. Taking Vitamin C is okay but if I give 20 tablets of Vitamin C to my child it's not good because it can cause problems. So, it's all about the balance.

“The question is: What is the balance? Nobody can give you a direct number to it. This is something that we are still trying to find out.

“The only recipe I would give for making your kids smarter is to eat healthy food, make sure that you give the good fat rather than the bad fat. What foods have the good fats? Those with Omega-3, not the polyunsaturated ones.

“Make sure they get enough vitamins, minerals and trace elements. Make sure that they get enough iron in their food because iron is important for the development of the brain.

“Avoid things that are not natural like processed foods and colourings in your foods. Then there is also the environmental issues and getting proper stimulation, and exposing the child to the right things.


“This is the best advice that one can actually give to making kids smarter,” he concludes.


Sumber : http://parenthots.com

-----------------------------------------------------------------------------------

Highlight:

1. Berikan anak-anak kita makanan yg sihat, dari dlm kandungan lagi..avoid, maggie, jajan, gula2, makanan yg telah diproses dll yg kita sendiri tahu kurang sihat..sekali sekala takpe kot..uhuk!

2. Elak2 kan TV, komputer, ipad, phone (dan sengankatan dgnnya) yg mengundang keasyikkan kanak2 ini. Ye, Sarah, Haziq, Hafiy , NO TV! NO COMPUTER! on school day. Go for natural, main tanah, main air, kenkadang main air hujan pun ibu kasi...alhamdulillah, tak demam pulak. Berkat susu ibu kot ekekekek....So far so good..

3. Giving kids time to develop, ye beri masa...

Tuesday, November 8, 2011

Sejernih Sinar Matamu.


Ini adalah tajuk rancangan kat TV3..sempena Hari Raya Aidil Adha tempohari...Hari ini baru aku berkesempatan menontonnya kat TONTON. Tengok promo je dah rasa teruja nak menonton. Tapi tu lah baru hari ni dapat tonton sambil ditemani Sarah di sebelah. Sebak, menitik air mata ditengah-tengah malam ni. Sarah siap bawakan tisu untuk ibunya...waaaaa!!


Sungguh menyentuh perasaan, insaf, sedar diri, sungguh memberi inspirasi kepada orang yg kurang motivasi seperti aku nih. Oh! Hebat wanita yang bernama Muhaya. Bukan calang-calang Dr Pakar Mata ni.


Prof Dr Muhaya

Ini diantara beberapa kata-kata yang terkesan di hati :

1. org yang bersikap negetif biasanya banyak penyakit, susah hati, tidak berjaya dalam karier dan tidak berjaya dalam rumahtangga.

2. org bersikap positif, murah hati, baik biasanya berjaya dalam segala hal.

3. kehidupan kita ini terhasil daripada pilihan yang kita buat.

4. jangan kejar cita-cita tetapi kejar makna, kerana cita-cita adalah pandangan manusia, makna adalah pada pandangan ALLAH.

5. kita mengajar bukan untuk menunjuk2 kita pandai , tetapi untuk memberi memberi manafaat

6. hikmah menjaga IBU (org tua kita) amat besar ganjarannya.

7. kita mesti sentiasa bersangka baik, firman ALLAH " AKU adalah sangkaan umat KU"

8. jangan membuat sesuatu untuk mendapat nama, pujian dan perhatian org, tetapi untuk keredhaan ALLAH.

9. jangan mengejar dunia, nama, harta dan pangkat biar ia mengejar kita.

10. jika kita mengejar akhirat, dunia pasti datang.

11. niat, segala-gala untuk mendapat keredhaan ALLAH.

12. kita perlu memohon untuk mendapat hidayah.

13. kita dapat merasakan kita mendapat hidayah ALLAH apabila, ada sesuatu yg mengajak kepada kebaikan kita rasa ingin melakukannya.

14. hiduplah dengan niat untuk memberi manafaat dan mendapat keredhaan ALLAH.

15. mendapat pujian manusia tidak tentu mendapatkan keredhaan ALLAH. Tetapi jika kita berusaha untuk mendapat keredhaan ALLAH, pujian manusia tentu ada.

16. untuk mendapat sesuatu, kita mesti mencari sesuatu.

Antara mana yang sempat tersemat dan terlekat dihati. Moga-moga semua ini memberikan motivasi, semangat untuk menjadi orang-orang yang memberi manafaat.

Lebih baik tonton sendiri...jangan lupa register dulu ye!



Wednesday, November 2, 2011

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


Salam.

Sebelum terlupa mana nak cari balik ilmu berguna ini, lebih selamat ditepekkan di sini. Moga menjadi sumber rujukan ketika terlupa dan terlena serta sebagai perkongsian berterusan kepada sesiapa yang mengunjungi blog peribodyku ini.

Sumber diperolehi melalui perkongsian kawan kat facebook. Tidak semua yang BURUK kat Facebook tu..Ngeeee...


Gambar hiasan

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Selamat beramal...!

Tuesday, November 1, 2011

‎3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah


Wow...lama tak update...!!!


Just want to share a doa, bagi membantu proses mendidik anak-anak.

Anak-anak saya...


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

.

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama

dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).


اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah

(ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


~sumber : http://www.facebook.com/pages/Ustaz-Zahazan-Mohamed/139381643340


Selamat beramal..:)

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan


Salam.

Sangat lama tidak mencoret. Rindu....
Nak bercerita pun seperti dah kekok..ekekeke... Lama betul tinggalkan aktiviti berblogger ni. Bukan takde cerita tapi masa agak kelam kabut sikit semenjak pindah rumah. Asyik mengadap rumah aje...Buat tu la buat ni la..kemas tu la kemas ni la... Sekarang * macam * dah slow sikit...ye ker??? ye..



Hari ni hari pertama berpuasa. Tup-tup dah puasa balik. Cepatkan masa berlalu? Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan yg penuh barakah ini. Hati penuh semangat ni...! Semangat nak melakukan amal ibadat dan kebaikan dalam bulan ini. Doa dalam hati moga2 diberikan kekuatan, semangat yg berkekalan untuk melakukan sedaya dan termampu mungkin.... lebih baik dari tahun-tahun yg sebelumnya. Insyaallah.

SALAM RAMADHAN.

Doa-doa harian dalam bulan Ramadhan.

Doa Hari 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!

Doa Hari 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.

Doa Hari 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari 9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari 15

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari 20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab- Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan- Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari 27

Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian


Post pemanas badan.. Ringkas2 je la. Ambik mood , pulihkan semangat kembali.. *dasyatt*. Hihhih... Nanti sambung lagi dengan tajuk ' Hari ni BERBUKA apa kita?? ' hahahaaa. Makan je ingat ek?

Daaaaaaaaaaa....

Tuesday, March 8, 2011

Bila Kunci Rumah Baru Sudah Dapat...

Bila kunci rumah baru sudah dapat, maka bermula episod sibuk membuat perancangan untuk pindah rumah (lagi, uh!). Kunci dah dapat? Belum..hihihi...tapi soon la, insyaallah. Lama kami menanti. Hampir 2 tahun lebih menunggu kunci rumah. Rumah dah tak serupa baru dah. Cat pun dah pudar. Pokok-pokok kecil pun dah start tumbuh...

Haiiihh.... Apa boleh buat, takdir penentu segala. Alhamdulillah, rumah kami tidak di kategorikan di antara rumah-rumah terbengkalai... masih rasa bersyuuukurrr!

Apa yang kami start fikir sekarang, apakah yang perlu kami siapkan terlebih dahulu sebelum masuk rumah dan berapa budget yang diperlukan. Oh! budget tidak begitu mengizinkan, maka rasanya perlu list down apa yang penting sahaja dahulu. Just to make sure kami boleh move to the new house as soon as possible. Bayar sewa mahal2 kat orang lama-lama, sangat rugi.

Paling penting jeriji/gril /grille untuk pintu rumah, sliding door, tingkap... Ye.. Safety first. Nak tak nak, ini kena buat dulu. Pada saat ini, kami belum buat survey kedai/ harga..tapi dengan keadaan rumah kami yang memiliki banyak tingkap, rasanya hampir separuh budget akan dilaburkan kat sini. Budget ciput, maka kami ikut kemampuan sahaja...janji selamat dan tahan lama. Simple!

Antara contoh-contoh design yang menjadi pilihan...
Gambar semua di copy paste yang diperolehi dari Mr Google.
**Kredit kepada tuan punye gambar...wink..wink..wink..**


Design ni macam cantik , tetapi rasanya budget kami tak cukup...jamu mata je laa



Yang macama ni pilihannya..simple. hope the price pun under our budget laa..



Kena pakai besi keras nih...



Simple..


Semua design camni laa..


Lagi..

Feel free to visit her blog.. :)

Oh, masih dalam sesi menjamu-jamu mata.. mencari-cari design yang simple but nice.. Cari kedai pun belum. Hopefully by Khamis ni dah boleh panggil kontraktor mai ukur.

Dah lama kami menanti nak duduk rumah sendiri....Harapnya dapat la kunci dalam minggu ni. AMIN.

Thursday, March 3, 2011

New signature..

Sebelum ni dah letak. tapi cam tak cun la..so skrg sudah bikin yg baru...ekekeke..

Korang nak cuba, just pergi ke laman web ini My Live Signature, dan klik Proceed. Nak senang klik je Using the signature creation wizard tu, dan ikut langkah demi langkah. Dah siap merekabentuk signature anda boleh lah ditepekkan di blog anda.
Mula-mula kena dapatkan HTML code signature anda. Di finish page tu, klik Want to use this signature? Kemudian klik Generate HTML Code, pilih Generate code for my handwritten signature. Code anda akan diberikan. Sekarang bolehlah ditepekkan code itu ke blog anda.
Bagaimana?
Pergi ke bahagian Settings, klik Formatting skrol ke bawah, letakkan code yang telah di copy tadi dan paste kan di bahagian Post Template. Siap! Oh jangan lupa Save Settings ya! Kalau tidak sia-sia sahaja kerja anda...hihihi...


Hi..this is my new signature... :)

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa


Sumber di perolehi dari Facebook Pak Ngah- Farit Ismeth Emir

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Tuesday, March 1, 2011

Stay at Home Mom

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama.
TIDAK KELUAR BEKERJA tidak bermakna IBU ini hanya mengoyangkan kakinya sahaja di rumah. Dan tidak juga bermakna duduk di rumah bebanan kerja KURANG. Hakikatnya pergi bekerja atau tidak, kerja tetap ada. Jadi tidak adil bagi pemegang title SURIRUMAH dilabelkan sebagai golongan-golongan yang kurang aktif dan tidak menyumbang.

Renung-renungkan..


TELL ME ABOUT IT ®

By Carolyn Hax
Wednesday, May 23, 2007

Carolyn:

Best friend has child. Her: exhausted, busy, no time for self, no time for me, etc. Me (no kids): Wow. Sorry. What'd you do today? Her: Park, play group . . .

Okay. I've done Internet searches, I've talked to parents. I don't get it. What do stay-at-home moms do all day? Please no lists of library, grocery store, dry cleaners . . . I do all those things, too, and I don't do them EVERY DAY. I guess what I'm asking is: What is a typical day and why don't moms have time for a call or e-mail? I work and am away from home nine hours a day (plus a few late work events) and I manage to get it all done. I'm feeling like the kid is an excuse to relax and enjoy -- not a bad thing at all -- but if so, why won't my friend tell me the truth? Is this a peeing contest ("My life is so much harder than yours")? What's the deal? I've got friends with and without kids and all us child-free folks get the same story and have the same questions.

Tacoma, Wash.

Relax and enjoy. You're funny.

Or you're lying about having friends with kids.

Or you're taking them at their word that they actually have kids, because you haven't personally been in the same room with them.

Internet searches?

I keep wavering between giving you a straight answer and giving my forehead some keyboard. To claim you want to understand, while in the same breath implying that the only logical conclusions are that your mom-friends are either lying or competing with you, is disingenuous indeed.

So, since it's validation you seem to want, the real answer is what you get. In list form. When you have young kids, your typical day is: constant attention, from getting them out of bed, fed, clean, dressed; to keeping them out of harm's way; to answering their coos, cries, questions; to having two arms and carrying one kid, one set of car keys, and supplies for even the quickest trips, including the latest-to-be-declared-essential piece of molded plastic gear; to keeping them from unshelving books at the library; to enforcing rest times; to staying one step ahead of them lest they get too hungry, tired or bored, any one of which produces the kind of checkout-line screaming that gets the checkout line shaking its head.

It's needing 45 minutes to do what takes others 15.

It's constant vigilance, constant touch, constant use of your voice, constant relegation of your needs to the second tier.

It's constant scrutiny and second-guessing from family and friends, well-meaning and otherwise. It's resisting constant temptation to seek short-term relief at everyone's long-term expense.

It's doing all this while concurrently teaching virtually everything -- language, manners, safety, resourcefulness, discipline, curiosity, creativity. Empathy. Everything.

It's also a choice, yes. And a joy. But if you spent all day, every day, with this brand of joy, and then, when you got your first 10 minutes to yourself, wanted to be alone with your thoughts instead of calling a good friend, a good friend wouldn't judge you, complain about you to mutual friends, or marvel how much more productively she uses her time. Either make a sincere effort to understand or keep your snit to yourself.

Thursday, February 24, 2011

Aktiviti Orang Pantai

Hujung minggu kalau takde perancangan balik kampung, kami biasa habiskan masa duduk di rumah aje. Lepak-lepak tengok TV ke *aktiviti bebudak*, tidur *aktiviti fav cik abe*, aku?? mmm..layan pc ke, memasak ke, buat kek ke...*cam rajin kan*..hahahahah

Mmmm...Tapi kami kalau dah mula boring duk terperap aje kat rumah, biasanya ke pantai Paka lah kami beraktiviti. Tapi bukan untuk mandi-manda, tetapi jalan-jalan cari makan. Pantainya kurang sesuai *ombak besar dan tidak landai* bahaya bagi mereka2 yang tidak ada skill berenang.

Biasanya kami ke sini untuk menikmati minum petang sambil ditemani angin dan bunyi deruan ombak yang memecah pantai..wah!! Tempat sempoi je. Cam ala-ala pondok je gitu. Makan keropok, cucur udang ke, laksa penang, mee sup ke, mee goreng, pisang goreng.Macam-macam..Banyak deretan kedai kayu di sini.. Pilih sahaja la kedai yang mana satu. Kebanyakan menjual menu yg sama...Cuma kedai pilihan kami ni best sikit sebab dia ada laksa penang dan air laicikang kegemaranku....Nyamannn, nikmatttt....Sekali sekala datang kat sini memang mengasyikkan.. * boring juga hari2 masak kat rumah..hihihih*

Photobucket
Rupa kedainya..ala tak jelas sangat la...

Photobucket
Keadaan pantainya

Photobucket
Big boss sedang mengawasi Haziq yang tidak mampu menguasai diri untuk tidak mencecahkan kaki ke air...

Photobucket
Hafiy tengah makan keropok, pasir pun masuk sekali..adeh!


Photobucket
Ini sahaja yang dibenarkan, nak mandi, ombak besar..

Itu la aktiviti kami sekiranya tidak keluar ke mana-mana. Samada makan-makan di tepi pantai atau pun mandi-manda kat sini.. Mana lagi nak pergi...?? Huhuhuh...
Tapi ok laaa...tak banyak duit habis..Kalau duduk bandar besar, boleh? Hihihih...
We love Paka! :)

Tuesday, February 15, 2011

Moist Buttercake *simple*

Bahan-Bahan
4 cawan tepung gandum, di ayak
3 sudu kecil baking powder
secubit garam
2 cawan butter, pada suhu bilik
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur
1 1/2 cawan susu full cream
1 sudu besar vanilla essence
2 sudu besar mayonis (sendiri tambah)
(*untuk resepi ini aku guna separuh adunan je*)

Kaedah
Campurkan tepung, baking powder & garam.
Pukul butter dan gula sampai kembang, dalam 5 minit.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan vanilla essence.Kemudian masukkan tepung tadi dengan susu, berselang-seli. Masukkan mayonis. Jangan terlebih pukul, gunakan mixer pada kadar yang paling slow.Masak lebih kurang 45 minit. 350 F. Setelah masak, biarkan dalam tin 10 minit, kemudian baru keluarkan.


Untuk buttercream
1 cawan shortening
1 cawan kremwell
1/2 cawan gula aising.
sedikit esen vanila

Campur kesemua bahan dan pukul berkrim.

Hasilnya
Rasa kek yang sedap. Simple. Moist. Tetapi bila tiba part mendeco, sedikit gagal *sedikit ker? huhuhu* Takpelah ini percubaan pertama, next time kita start dengan cupcakes pulak...

Meh lah lihat hasil yang terseberapa ini....waaaaaaaaaaaaaa!!!!



Inilah hasilnya.. TEKAK kata sedap...MATA kata tid
akkkkkkkk !!!



Selamat mencuba. Sekian.