Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa


Sumber di perolehi dari Facebook Pak Ngah- Farit Ismeth Emir

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Thursday, February 24, 2011

Aktiviti Orang Pantai

Hujung minggu kalau takde perancangan balik kampung, kami biasa habiskan masa duduk di rumah aje. Lepak-lepak tengok TV ke *aktiviti bebudak*, tidur *aktiviti fav cik abe*, aku?? mmm..layan pc ke, memasak ke, buat kek ke...*cam rajin kan*..hahahahah

Mmmm...Tapi kami kalau dah mula boring duk terperap aje kat rumah, biasanya ke pantai Paka lah kami beraktiviti. Tapi bukan untuk mandi-manda, tetapi jalan-jalan cari makan. Pantainya kurang sesuai *ombak besar dan tidak landai* bahaya bagi mereka2 yang tidak ada skill berenang.

Biasanya kami ke sini untuk menikmati minum petang sambil ditemani angin dan bunyi deruan ombak yang memecah pantai..wah!! Tempat sempoi je. Cam ala-ala pondok je gitu. Makan keropok, cucur udang ke, laksa penang, mee sup ke, mee goreng, pisang goreng.Macam-macam..Banyak deretan kedai kayu di sini.. Pilih sahaja la kedai yang mana satu. Kebanyakan menjual menu yg sama...Cuma kedai pilihan kami ni best sikit sebab dia ada laksa penang dan air laicikang kegemaranku....Nyamannn, nikmatttt....Sekali sekala datang kat sini memang mengasyikkan.. * boring juga hari2 masak kat rumah..hihihih*

Photobucket
Rupa kedainya..ala tak jelas sangat la...

Photobucket
Keadaan pantainya

Photobucket
Big boss sedang mengawasi Haziq yang tidak mampu menguasai diri untuk tidak mencecahkan kaki ke air...

Photobucket
Hafiy tengah makan keropok, pasir pun masuk sekali..adeh!


Photobucket
Ini sahaja yang dibenarkan, nak mandi, ombak besar..

Itu la aktiviti kami sekiranya tidak keluar ke mana-mana. Samada makan-makan di tepi pantai atau pun mandi-manda kat sini.. Mana lagi nak pergi...?? Huhuhuh...
Tapi ok laaa...tak banyak duit habis..Kalau duduk bandar besar, boleh? Hihihih...
We love Paka! :)

Monday, January 31, 2011

Simple Chocolate Cips Cookies


Yey! Berjaya juga aku melangsaikan niat ku petang tadi. Membuat cookies bersama pembantu-pembantu 'peribody'. Sampai terlajak sedikit waktu tidur bebudak ni. Minta-minta tiadalah sesi liat atau tangisan menusuk kalbu berlaku esok. Lambat sikit je..ekeke...leka!

Sarah dan Haziq nak bawa bekal cookies mereka ke sekolah esok. Hampir 60% hasil tangan mereka. Kasi chance la...itupun ibu sempat juga naik volum suara. Berebut nak pegang mixer. Nasib baik keadaan masih boleh di kawal. Fuh!

Mereka sempat la, menepek cookies di loyang sebelum kerahan masuk tidur. Dapat lah 2 loyang. Selebihnya aku sambung lepas semua dah lena.

Habiskan adunan yang lebih tadi, gosok baju sekolah dan baju kerja cik abe, tup2 dah cecah kol 1 pagi. Dah alang-alang lewat tidur ni, update la blog sekejap, sementara angin ghajin masih berbaki.

Ni nak tepek resepi dan gambo yang sempat di snap semasa sesi 'terapi' tadi. *sempat lagi edit2 gambar*. Resepi simple je. Ceduk kat firzarecipe. Terima kasih. Walaupun simple je bahan-bahannya, tapi rasanya masih sedap. Boleh lah dibuat kunyah esok hari. Hihihihi...


Bahan-bahan
  • 1 cawan mentega, lembutkan
  • 1 cawan gula putih *kami kurangkan*
  • 1 cawan gula perang *kami kurangkan*
  • 3 cawan tepung serbaguna *kami guna tepung gandum*
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking soda
  • 2 sudu teh air panas
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan coklat cip
  • 1 cawan kekacang *sesuka hati nak guna kacang apa*
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175 darjah C
  • Pukul mentega + gula putih + gula perang sehingga lembut/kembang.
  • Masukkan telur. Pukul satu persatu.
  • Masukkan Vanila esen
  • Larutkan baking soda bersama air panas. Campurkan bersama garam.
  • Masukkan tepung, coklat cip dan kekacang.
  • Sudukan kecil, letakkan diatas loyang yang telah digriskan.
  • Bakar selama 10 minit/ sehingga keperangan.

Selesai.

Selamat mencuba!


Zuraini bt Zainal

Tuesday, January 18, 2011

Cuti-cuti Sekolah

Aisey...cerita sudah basi....Cuti sekolah sudah lama berlalu. Dah dekat sebulan Sarah masuk Darjah 1...

Takpe la. Sebenarnya nak berkongsikan video best kitaorg ni. Best ke..??Kalau diingatkan semula masa tu memang best la...Lawan puzzle je. Tapi happening....terjerit2. Ekoran dari itu, video ini terpaksa diedit bagi membuang segala hingar bingar pada ketika itu. * Buruk noo bunyinya..* Maka ditepekkan lagu yg bersesuaian bagi menceriakan suasana video.

Masa nie kitaorang satu family bertandang ke rumah kakak di Penang. Dia baru pindah rumah. Kebetulan cuti Krismas, semua cuti maka berpakat-pakatlah kami menggembur rumah baru dia.

Video nie diambil selepas kami minum pagi. Takde apa nak buat, nak keluar jalan-jalan pusing Penang pun , awal lagi. Maka hat bebudak ni pakat la lawan puzzle...yg tua-tua pun nak join sekali..Ekekeke... Haru-biru rumah tuan rumah seketika. Maaf ye bikin binggit pagi2 raya. Hahahaha..

Semua org enjoy, walaupun bertandangnya tidak lama.
Lain kali kita buat trip lagi...Mana lah tahu ada rezeki boleh terjah rumah baru kami pulak. AMIN.





Sunday, August 8, 2010

Ais krem Malaysia..


Kenal ais krem Malaysia atau pernah makan?
Hihihi...
Hari Khamis yang lepas, kami sempat buat ais ni. Atas permintaan anak-anak, maka direalisasikan juga impian itu. Lama juga nak ambik keputusan nak buat ais krem ni. Hamboi! mencabar sangat ke?
Serba salah..tak buat salah, buat pun serba salah juga.
Apa masalahnya?
Kalau TIDAK BUAT apa masalahnya?
1. Anak2 akan beli setiap hari di rumah jiran.
2. Anak tak reti beli sendiri, maka perlukan bantuan kawan. Kawan pun nak kena belanja juga.
3. Kawan berapa ramai ? 2 org, coz derang kembar..aduh!
4. Adik beradik sendiri lagi, belum termasuk ibu dan ayah pun kenkadang nak juga.
5. Beli hari2, setiap kali beli rm1.00 kalau 20 hari , berapa?

Kalau BUAT kenapa?
1. Kena ibu rajin la baru ibu nak buat. Ada masa, ada mood
2. Ais krem belum beku, anak dah sibuk nak makan.
3. Kerap kali buka tutup peti ais
4. Dapat makan lebih banyak, kalau beli limited
5. Kawan-kawan anak juga perlu diberi...PERCUMA...hari2? ye la kan...
6. Rasa terkacau bisnes jiran ..coz anak jiran tu dapat PERCUMA dari kami. Mereka takyah beli lagi.

Hmmmm...akhirnya ibu buat juga. Sebab hari-hari duk minta buatkan. Bila tengok anak beli, rasa macam...eiiii, banyaknya duit habis, sedangkan nak buat bukan susah sangat. So buat juga la.
Perasa milo, ribena, jagung dan asam. Buat sikit je...1 perasa adalah dalam 6-7 batang. Boleh la...Hopefully , bila dah hari makan2, boring la hendaknya.


Zuraini bt Zainal

Thursday, July 22, 2010

Cuti.

Selasa 20 Julai, Terengganu cuti, menyambut Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Daulat Tuanku...ewah! So aktiviti yg biasa2 pada hari Selasa, semua jadi macam hari Sabtuuuu.. Indah sungguh. Bangun lambat..golek2, guling2 atas tilam...takyah gosok baju, takyah kejut bebudak bangun tidur, takyah kejut ayahnya bangun tidur, malah...diri sendiri pun takyah paksa untuk dibangun coz breakfast pun tak perlu terkejar2 nak buat. Mereka semua tidur lagi. Beli karang pun takpe...Ahhhh..alangkah seronoknya kalau hari cuti.



Daulat Tuanku!


Tapiiii...arrghh!!!...segalanya angan belaka...Hafiy bangun seperti biasa...Dia tak tahukan hari ni COTI!!! Oh anakku...!! Berilah Ibu cuti separuh hariii... Kita tak kejutkan dia, tapi dia yang kejutkan kita ajak bukak pintu, mintak itu mintak ini dan ajak main segala....waaaaaaaaaaaaa!! Tidak...nak tak nak layan jugakkk...huhuhuhuhu

Hari ni, kitaorng sudah merancang aktiviti. Kalau tak balik kampung Melaka, atau Kuantan, takde lain aktiviti kami ...hanya ke BEACH !! Terengganu nie sepanjang2 laluan tepi laut. So itu je la tempat yg biasa kami pergi kalau dah boring duduk rumah terperap. Kat sini shopping mall kurang. Panggung wayang takde. Jadi kami kalau ke pantai, kalau tak mandi manda, pergi makan keropok je ker, main kat playground ke, semuanya dekat dan di tepi laut. Nyaman sungguh suasana kalo duduk tepi pantai ni. Memang syiokk!

Antara fav pantai yg biasa kami pergi...
1. Pantai Cherating (Pahang) - mandi manda, piknik
2. Pantai Dungun - playground nya tepi pantai
3. Pantai Teluk Bidara - port baru...sangat cantik.. mandi-manda, piknik
4. Pantai Paka - makan keropok, minum ABC, air jagung dia pun best!

Untuk cuti kali ni kami pergi Teluk Bidara. Masuk ke dalam, kena lalu kawasan kg nelayan. Agak ke dalam sikit, dan berbelit2 sikit. Ekceli ni untuk jalan dekat. Kalau ikut jalan jauh laluannya senang sikit. Dulu kami pun pakai redah je. Kalau sesiapa yg familiar dengan Tanjung Jara Resort, kawasannya berdekatan lah dengan Teluk Bidara ni.
Nak cerita panjang-panjang pun cam tak seronok ngat. Jom kita layan gambar-gambar yg sempat disnap ketika beraktiviti.


Antara view Teluk Bidara...



Camera HP ja, maybe kurang cantek..


Hakikatnya, tempat ni cantik...



Main2 pasir...



lagi...



Main pasir..pasir sangat bersih **masih belum dicemari**




Ayah dan Hafiy, main pasir lagi



Sarah, aksi terapungnya



Derang 3 beranak je mandi..air jernih, bersih...best!



den tak join, "tidak mengizinkan" huhuhu



Mandi2...sangat best..air tenang sekali.



Aku...pose sendiri



Aku dan Abang bulat....

Kalau ada yang berkesempatan datang TERENGGANU, jangan lupa singgah sini..Sangat best...Pantai masih bersih, kurang tercemar, cantik, damai sekali....

Antara gambar menarik TELUK BIDARA, TERENGGANU dari ABANG GOOGLE...



JOM JALAN2 TERENGGANU !!

Zuraini bt Zainal

Saturday, July 17, 2010

Blog dah penuh habukkk!!

Arghhh...!! Lama sungguh tidak menjenguk. Memacam hal..sibuk dengan kerja-kerja rumah, sibuk packing barang nak pindah, sibuk berpindah, sibuk kemas rumah yg baru pindah, sibuk dengan jiran2, sibuk dengan line tepon takde, yg paling berat line tenet takde...arghhhh..sungguh mengharukan...



Pindah rumah? Yes, KENA pindah rumah..KENA HALAU?? Boleh dikatakan begitu laaa tapi dengan cara yg paling halusss...Hmmm...apakan daya. Tuan rumah yg baru ( dia baru beli rumah yg kami duduk tu, dari tuan rumah lama) nak renovate rumah dia...takan kami nak stay lagi kat situ kan...? Selesa ker? Memandangkan rumah sendiri (dah dekat 2 tahun menanti kunci) belum available lagi, jadi kami nak tak nak, rela tak rela kena pindah lah juga...huhuhuhu...

Semenjak pindah rumah, line telefon takde. Maka, streamyx pun takde. Dekat sebulan apply utk transfer line...baru boleh dapat...aduhai...lambat sungguh. Tak dapat lah den nak buat pape..Tapi ada baiknya juga. Disebabkan line takde, tak dapat nak bertenet maka fokus lebih banyak kepada kerja2 rumah... So rumah pun dah siap kemas sepenuhnya..lega...penat toksah citer laaaa..huhuhuh....

Sekarang life dah normal....so far duduk sini lagi best larrr.....jiran best, rumah kecik (tak teruk nak kemas), rasa selamat, anak2 ramai kawan, happening..kami mmg tak menyesal duduk sini...Detail lain kali cerita ye...cam dah panjang lebar plak.....

Jumpa lagi....


Zuraini bt Zainal

Monday, May 3, 2010

7 steps to gets your child to stop whining


Whining Child : 7 steps to gets your child stop
(anak2 yg suka menjerit2/menangis ketika meminta sesuatu)

1. Stop what are u doing -focus and give attention. Listen to what they have to say.

2. Describe the correct way of asking.address the method they are using. demonstrate the way that you want your child to ask for things. have to remind your child from time to time about the “magic word” needed when asking for things.

3. Praise your child for speaking nicely.

4.
Is the child’s request reasonable? The key is to focus on how the request is formed, whether it is appropriate or not. If so, comply with their request.

5. What to do if whining continues? if whining continues you will need to go back to the original method that you want them to use for asking for things.

6. What to do if the child protest? If the whining behavior continues, you need to describe their undesirable behavior to them calmly, but firmly.This is the time to take action. Describe what you are doing so that they understand why you are doing it. You will need to follow through on your action to demonstrate that you mean what you say.

7. What to do if the child becomes aggressive? Remember to describe the whining behavior, as well as the correct method of asking for things. Then place them in quiet time for 2 minutes. Placing them on a chair or on a mat is ideal for this. Let them out of quiet time once their behavior has quieted down. Then you may want to go over the “nice way” of asking for things before encouraging them to ask again.


Zuraini bt Zainal

Saturday, May 1, 2010

Suprise PARTY utk MAK

Ada cerita lagi...??? wah..!! TERLEBEY sudah...
Sementara tgh ada idea, tgh ada masa....apa lagi, jom teruskan berkongsi, bercerita, mencoret sepatah dua kata...ekekeke

Cerita tentang SUPRISE party untuk mak...
Ringkasan cerita :
1. Cadangan dibuat oleh abg yg sulung MOHAMMAD AZMIN B ZAINAL
2. Tarikh : 23 April 2010, Jumaat ( Tarikh lahir : 23 April 1944)
2. Cadangannya : SUPRISE party, kumpul ramai2, makan-makan, sembang-sembang
3. Menu : Kek - Secret Recipe : Choc Chips Walnut, Nasi minyak, PizzaHut, Sate, Air
4. Dana : Fund Keluarga AZIZAH.

Susah jugak nak buat suprise nie, xpecially, bila nak ajak mak datang rumah Min. Macam2 alasan guna. Aku sefamily yg biasanya balik Kuantan duduk rumah mak, tapi kali ini aku kena tidur rumah Min. Kih..kih..kih kelako.

Pada hari tersebut, kitaorg mmg dah plan baik punye utk suprisekan mak. Mak datang rumah Min kononnya nak diskus pasal nak buat pagar batu kat rumah dia. Nak diskus ngan tukang tentang projek tu. Mak percaya datang ngan Joey ke rumah Min. Asalnya mak malas nak jalan2 sana sini coz banyak keje nak disiapkannya. Ekoran dari itu, dia bersetuju...LEGA!

Sampai mak kat rumah Min....rumah gelap, sunyi jer, cam takde org dalam umah. Sampai je mak, org kat dalam umah dah kelam kabut....tutup lampu bagai...shhhhhhhhhhhhhh..sume diam...kite nak kena jerit nih....
Masuk je mak dalam rumah..kami pun....jerit ramai2...SUPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Selamat hari jadi MAK, dan menyanyikan lagu...

ALLAH SELAMAT KAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN MAK....
ALLAH SELAMATKAN KAMU...

Sebak plak bila nyanyi tu...Pertama kali kami buat kerja2 begitu...Gembira sesangat and at the same time sayu...Sedih tak tau kenapa....Mak of course nangis...kami sume peluk cium mak, dan mengucapkan Selamat Hari Jadi, Moga panjang umur, diberikan kesihatan yg baik...
tetiba terasa...alangkah bestnya kala ARWAH AYAH ada bersama.....huhuhu...sob..sob..sob...

JOM kita saksikan beberapa snap menarik pada hari itu....


Hidangan yg ada


Kek yg sgt sedaps


Ni la hasilnya


Gelak tawa ketika buat FLash Back


Sesi makan2 bermula


Tuan Rumah, Tuan bagi idea



Kanak2 yg memeriahkan suasana



HOT!! couple ever



Makan2



Bendahari FAMILY FUND
Cute tak ?? Baby dan Mak budak ni?

Next time buat lagi, Insyallah...tapi tak SUPRISE dah...maybe buat DOA SELAMAT plaks...
Tuan Rumah, insyaallah this year naik HAJI....so pakat2, dia akan jadi kepala kepada majlis doa selamat itu nanti...insyaallah....
Semoga segala usaha, diberkati AMIN..

Ber PIZZA di rumah...

Uihh...dah lamanya tak update Blog...hampir usang dibuatnya...huhuhu...
Masalah-masalah yang melanda
1. tiada bahan cerita
2. tiada masa
3. sibuk
4. bla..bla..bla...**tak tau apa buat**

So hari ini seperti punya masa untuk bercerita.....Tajuk cerita "Ber PIZZA di rumah....hihihi

Semalam, Jumaat cuti...**terengganu mmg cuti hari Jumaat & Sabtu**...tak balik Kuantan, tak balik Melaka...plan mmg nak duduk di rumah shj...asyik takde je hujung minggu. Dah agak lama plan nak buat pizza. Hari yg sesuai telah tiba...HARI INI..!!

Aku tak pernah buat Pizza atau apa sahaja yg berbentuk roti...haaaa..boleh ke melakukannya...??? Cuba je lah...resepi byk kat internet....agak tak reti cara praktikalnya, leh jenguk kat youtube..berlambak jugak... Takde ALASAN kan??

So aku dah cuba buat mengikut resepi seperti di bawah..ku ceduk dari MyResepi.com
Tq kepada empunya resepi tulip77.

Resepi pizza yg ku guna pakai...

Bahan-bahan ( loyang 11" )

  • ** Untuk doh pizza **
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli
  • ** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula
  • ** Untuk Topping **
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza

Cara-cara

  1. ** Untuk doh pizza **
  2. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  4. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  5. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  7. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  8. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
  9. Gambar sos pizza
  10. Keju pizza kat sini
  11. ** Untuk sos pizza **
  12. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.
Jadik jugak lah pizza nya, cuma rotinyer kurang crust la...tak tau camner nak buat...maybe kena bakar lama lagi agaknya.. Tang rasa..tip top..macam PizzaHut seh...hihihi
Berjaya buat 2 regular size pizza. 2 kali makan....licinnnnnnnn....Anak2 kata sedapsss...

Jom tengok gambar2 menarik yg sempat disnap...


Doh pizza



Sos Pizza



Tangan yg membantu



Insan yang membantu



Pizza sebelum dimasak



Sesudah dimasak







Hanya tunggu utk di ngap!

Selamat mencuba kepada mereka2 yang ingin mencuba.....


Sunday, April 4, 2010

Projek Hujung Minggu (Sabtu)

Hari yang cukup memenatkan...uh!
Dari pagi sampai ke petang ada aje keje nak kena buat. Orang biasa cuti-cuti berehat, tapi kami sibuk dengan kerja-kerja yang telah dirancang sebelum ni. Memang tunggu hari cuti baru boleh buat.

List keje :
- betulkan paip bocor kat syiling ( bilik abis berair, masuk air..aduh!) - keje zali
- kemas bilik lepas kerja2 baikpulih selesai - keje den
- kemas rumah - keje den
- basuh kain - keje den
- lipat kain ( 5 bakul) -keje den...really stressfull! nasib bebudak ni memberikan kerjasama
- D.I.Y tukar lapik kerusi makan...keje zali dan den (sempat siap 1 buah je)
- upgrade patung display utk tudung - keje zali (lots off idea this man!...tQ abang..really helpfull this project)
- pegi pasar malam - keje den (coz malas nak masak malam dah...really TIRED!)

Antara beberapa gambar yg berjaya disnap utk hari ini.....

1. Projek D.I.Y alas kerusi makan...taraaaaaaaaa!!!
- alas kerusi ni, sume dah itam ..comot2 sana sini...sebab dulu tak berplastik...so semalam sudah lapik ngan kain alas yg baru...siap2 kasi plastik sekali...so pas nie tiada lagi masalah comotttttttttttttt!...lega!!!



2. Projek patung display untuk tudung.
- dari kepala shj, sambung ngan hanger badan..dan sekarang nie nak kasi dia leh berdiri plak...ahaaaaa....so senang lah lepas nie tokey chantek tudung nak snap gambar tudung-tudung dia lepas niii...yehaa!!




Bekas yg akan diletakkan simen didalamnya...dipacakkan paip di dalamnya dan nanti patung tu akan dipacakkan di sini....ala..simen tak keras lagi..so belum dapat nak ditunjukkan final result projek nie...nanti update k...**ok dah update wink..wink..wink**
Kos kalo beli patung camni, kat luar rm200++ taw...Projek nie punye kos tak sampai pun rm20 hihhii...tapi kalo campur2 harga masa beli patung kepala , hanger badan tu...hmmm...total sume ada lah dalam rm90++..Jimat kan??? :)

Orang kuat yang menyumbang idea, kekretipan, tenaga, peluh dan segalanya....dia lah orangnya....pemilik blog Alam Selamat En Rozali b Khamis....hihihi...tQ ..tQ..

3. Projek air bocor melalui syiling....
- kerana kebocoran ini (puncanya paip kat atas syiling yg masukkan air ke tangki dah longgar)...aku terpaksa bekerja keras..alihkan almari..punggah sume kain dalam lemari...simpan balik...alih tilam bantal sume..adooiiii...toksah citer laa kepenatannya....cukup penat sekali....kesudahannya...paip berjaya diketatkan semula oleh En Rozali kite...air dah tak kuar agi...dan hmmm..syiling tu terpaksa la terlopong macam tu sehinggal project manager nak tampal balik syiling tuh...huduh! huduh! huduh! apakan daya....camnie laaaa..duduk rumah sewa...





Haaa...ade sekeping gambar lagi nak tepek....gambar big...big..big Project Manager a.k.a Mandor... hahahha....taraaaaaaaaa....!!!







hahahhaha....tak tahan nak tengok gambo nih.... Tapi ini la budaknya..yang mengurangkan rasa penat mengemas seharian.... TAMAT.