Wednesday, February 8, 2012
Walnut Cinamon Roll
Tuesday, February 15, 2011
Moist Buttercake *simple*
3 sudu kecil baking powder
secubit garam
Campurkan tepung, baking powder & garam.
Pukul butter dan gula sampai kembang, dalam 5 minit.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan vanilla essence.Kemudian masukkan tepung tadi dengan susu, berselang-seli. Masukkan mayonis. Jangan terlebih pukul, gunakan mixer pada kadar yang paling slow.Masak lebih kurang 45 minit. 350 F. Setelah masak, biarkan dalam tin 10 minit, kemudian baru keluarkan.





Monday, January 31, 2011
Simple Chocolate Cips Cookies

- 1 cawan mentega, lembutkan
- 1 cawan gula putih *kami kurangkan*
- 1 cawan gula perang *kami kurangkan*
- 3 cawan tepung serbaguna *kami guna tepung gandum*
- 2 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh baking soda
- 2 sudu teh air panas
- 1/2 sudu teh garam
- 2 cawan coklat cip
- 1 cawan kekacang *sesuka hati nak guna kacang apa*
- Panaskan oven pada suhu 175 darjah C
- Pukul mentega + gula putih + gula perang sehingga lembut/kembang.
- Masukkan telur. Pukul satu persatu.
- Masukkan Vanila esen
- Larutkan baking soda bersama air panas. Campurkan bersama garam.
- Masukkan tepung, coklat cip dan kekacang.
- Sudukan kecil, letakkan diatas loyang yang telah digriskan.
- Bakar selama 10 minit/ sehingga keperangan.
Friday, January 21, 2011
Blueberry Cheese Cake..yummy!
Bahan-bahan ( 23cm )
- BASE:
- 110g Butter - cairkan
- 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
- 50g Almond flakes - toast
- FILLING:
- 500g / 2 buku Cream cheese
- 30g Butter
- 120g Gula Kastor
- 1 lemon - grate kulit & perah jus
- 30g Tepung jagung - ayak
- 200-300ml whipping cream
- 4 biji Telur - pukul sedikit
- 150g Blueberry pie filling
- TOPPING:
- 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
- 30ml Air
- 150g Blueberry pie filling
Cara-cara
- Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
- Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
- Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
- Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.
- Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
- Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

Thursday, December 9, 2010
Salam Maal Hijrah.
Salam Maal Hijrah buat semua dan untuk diri sendiri juga. Moga dengan kehadiran Tahun Baru Hijrah nie, akan menjadikan aku org yg lebih baik dari yang sebelumnya...
Apa azam tahun baru? Asyik letak azam je...nak melaksanakannya hmmm...paayahnya nak dapat sampai ujung tahun...Tapi takpelah..letak je la...Kalau tak letak azam lagi teruk rasanya. Cam takde arah tuju, cam takde matlamat pulak hidup ni...
Azam aku :
1. Perbaiki hubungan dengan ALLAH. Nak perbaiki solat. Tidak melengah2kan waktu.
2. Perbaiki hubungan dengan semua org terutamanya dengan suami, mak, anak-anak dan keluarga yg lain.
3. Jadi Isteri, Ibu dan Anak yg baik. Ikhlas.
4. Nak majukan bisnes yg ada...
Hopefully adalah perubahannya...
Cuti sehari tu, semangat plak nak masak lain sikit dari hari biasa...cam nak makan spesel la plak. So hari tu berjaya juga aku masak lasagna (1st time masak) dan Ayam Oven org Bangi (nama sendiri letak) Resepi ayam nie, kakak ipo aku yg beri. Seperti biasa, resepi nye simple je....
Kita layan gambo je laaa....
Alaaaa...gambo ayam nie, sebelum masak je yg ada...Lepas masak dah kena bedal...Lupa nak snap...Kebulur dah sume org....
Resepi, kalau ghajin aku tepek yer..ekekkee
Zuraini bt Zainal
Wednesday, October 20, 2010
Donut *Simple*
Ya kali ini aku jumpa resepi donut yang simple untuk dicuba. yeah!!!
Memang simple. Kalian mesti cuba.
Ok resepinya HARUSSS ditepek di sini untuk dikongsi bersama.
* aku dah hafal dah resepinya..hebat!*
Bahan A
Tepung roti / High Protein - 3 cawan
Gula kastor - 3 sudu besar
Susu tepung - 3 sudu besar
Shortening/Margerin - 3 sudu besar
Bahan B
Yis - 2 sudu teh
Air suam - 200 ml
Air suam tambahan - 20ml
- Campurkan air suam (200ml) dengan yis
- BAHAN A, gaul rata.
- Masukkan air suam + yis ke dalam BAHAN A tadi.
- Uli rata sehingga tepung tidak melekat lagi di tangan.
- Campurkan lagi air suam tambahan itu (jika perlu)
- Biarkan adunan selama 30 minit.
- Bentukan / Terap adunan menjadi bentuk donut.
- Biarkan 10 minit, baru goreng di dalam minyak yg sederhana panas
- Golek2kan atas gula. Option lain : letak coklat masak + coklat rice ke, letak inti strawberry , letak better cream kaler2 ke...ikut suka dan selera ye.
Gambar yang sempat disnap!
Zuraini bt Zainal
Tuesday, August 24, 2010
Resepi lagi untuk dikongsi..
Untuk mengelakkan dari simptom2 itu, maka adalah lebih baik, try je masak sendiri kat rumah. Ekekek, kalau rajin, kalau ada masa terlebih , why not, sekali sekala test skill. Cari resepi mudah-mudah je. Resepi, kat internet berlambak. Search sahaja lah, Cik Abang Google boleh membantu.
Aku pun biasa buat camtu. Teragak nak makan 'itu' cari kat internet. Teragak nak makan 'ini', search kat internet. Tapi favorite place aku kat MyResepi laaa... mesra alam sikit kot...hahahha..entah lah....kebetulan kalo asyik serach kat Google, sure ada link ke sini.
Tapi sekali sekala kalau buntu, haaaaaaaaaaa....ada sorang kawan aku ni. Biasa kalau dia kerja, dia biasa online. Kawan sekolah lama masa kat Kuantan. Kawan baik, kawan nangis bersama la boleh kata...hahahha...***aku ramai je kawan nangis bersama nih*** Family dia pandai masak, dan KAKI makan. So mmg resepi banyak dalam kepala. Apa yang biasa aku buat, buzz2 dia, tanya apa nak masak hari ini. Dan aku akan cakap la apa yang ada dalam peti sejuk. Then dia akan keluarkan resepi-resepi yang sesuai untuk aku masak hari tu...Hahahaha..cam ala-ala MR GOOGLE gak la nie.....hahahhahaah..tapi biasa kalau nak masak style lain ni, memang boleh lah tanya dia. Kalau ikut aku, asyik pakai resepi yang sama je hari-hari. Boring!
Antara masakan yang 1st time aku masak atas bantuan rakan ku ini....ekekeke...
**masak simple pun tanya kawan ..aparaaaa**
Ikan Kembung Masak Stim chinesse style...hahahhahahaa...simple je kan..???.dah cuba buat baru tahu simple...
Ikan Kembung Masak Stim
------------------------------
Bahan-bahan : (takde sukatan ye kengkawan, campak2 jew)
Ikan kembung (kebetulan ikan tu je ada)
Halia - hiris halus
Bawang putih - hiris halus
Soon
Cendawan butang
Garam
Cuka sikit.
Cili api kalo nak pedas.- potong kasar je
Kaedahnya :
Campur je semua bahan-bahan diatas, secukup rasanya...dan STIM...hahahahhahaha
Mudah gilos!
Cubalah...hihihi
Bila makan cicah ngan sambal kicap...sodapppppsss..
Ku paparkan hasilnya.....Taraaaaaa !!!
**tak mencabar sungguh anieeeeeeeeeee...!!** hahahhaha...
Cuba la ye kengkawan....Sekali sekala makan dan masak sendiri ni sedapppps, puas hatiii...
Adiosss!
Zuraini bt Zainal
Sunday, August 22, 2010
Puding Roti
Hari ini baru sempat nak menjengah blog dan update apa yang patut. (shhh...Hafiy tidoOoOo)
Lagi resepi yang telah dicuba untuk dikongsi bersama. Dah lama membuatnya baru hari ini dapat dikongsi.
Kepada yang berminat dengan puding roti ni, boleh cuba ya. Saya? Sedikit kurang. Tak tahu mengapa. Bukan kerana resepinya, tapi puding roti itu sendiri..ekekeke..apa laaa... Makan juga. Tapi mungkin boleh kata, bukan FAVORITE je...theeee!
Resepi Puding Roti - sumber cedok di sini
Untuk memudahkan kita tepek sini resepinya ya....
Puding Roti Sos Kastard
--------------------------------
Bahan-bahan:
Bahan A
- 500 ml susu segar/fresh milk
- 8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
- 4 s/b gula halus
- 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 s/b tepung jagung
- 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
- 1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
- 1 tin susu cair
- 2 s/b tepungkastad
- 2 s/b gula
- Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
- Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
- Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
- Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
- Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Salam Ramadhan.
Zuraini bt Zainal
Wednesday, August 18, 2010
Popia Bersira Pedas . Sangat Suka !
OhhhhhHHhHh...sungguh nikmat kalau dapat makan...Sekali beli mesti kena beli banyak sebab aku je makan 4-5 ketul sekali hadap. Orang lain..?? ekekekeke
Bila dah balik Paka ni, kenalah belajar-belajar buat sendiri. Sebab kami jarang ke Pasar Ramadhan kat sini. Kenapa ek? Maybe tak sempat nak pergi, cik Abang balik keje je dah time nak berbuka..lagipun makan berdua je, beli itu beli ini sapa nak makan. Bimbang membazir pulak.
Sebab nak makan juga, maka aku pun cari2 la resepi2 simple (seperti biasa) kat internet. Dan inilah yang hasilnya.
Dapat resepi dari sini , MyResepi.com .Ok aku tepekkan resepinya di sini
Popia Bersira Pedas
---------------------------- kulit popia secukupnya
- UNTUK INTI
- 1 batang carrot - dihiris halus
- 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
- 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
- taugeh - jika suka (hana x ltk)
- 1 biji bawang besar - potong dadu
- 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
- 1 sudu mkn sos tiram
- garam
- perisa@gula
- UNTUK SAMBAL SIRA
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
- 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
- sedikit belacan - jika suka
- sedikit air asam jawa@cuka
- gula melaka@gula putih
- garam
- bijan sangai
Cara-cara
- UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
- UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!
Wajah Food Taster...
Zuraini bt Zainal
Sunday, August 8, 2010
Ais krem Malaysia..
Hihihi...
Hari Khamis yang lepas, kami sempat buat ais ni. Atas permintaan anak-anak, maka direalisasikan juga impian itu. Lama juga nak ambik keputusan nak buat ais krem ni. Hamboi! mencabar sangat ke?
Serba salah..tak buat salah, buat pun serba salah juga.
Apa masalahnya?
Kalau TIDAK BUAT apa masalahnya?
1. Anak2 akan beli setiap hari di rumah jiran.
2. Anak tak reti beli sendiri, maka perlukan bantuan kawan. Kawan pun nak kena belanja juga.
3. Kawan berapa ramai ? 2 org, coz derang kembar..aduh!
4. Adik beradik sendiri lagi, belum termasuk ibu dan ayah pun kenkadang nak juga.
5. Beli hari2, setiap kali beli rm1.00 kalau 20 hari , berapa?
Kalau BUAT kenapa?
1. Kena ibu rajin la baru ibu nak buat. Ada masa, ada mood
2. Ais krem belum beku, anak dah sibuk nak makan.
3. Kerap kali buka tutup peti ais
4. Dapat makan lebih banyak, kalau beli limited
5. Kawan-kawan anak juga perlu diberi...PERCUMA...hari2? ye la kan...
6. Rasa terkacau bisnes jiran ..coz anak jiran tu dapat PERCUMA dari kami. Mereka takyah beli lagi.
Hmmmm...akhirnya ibu buat juga. Sebab hari-hari duk minta buatkan. Bila tengok anak beli, rasa macam...eiiii, banyaknya duit habis, sedangkan nak buat bukan susah sangat. So buat juga la.
Perasa milo, ribena, jagung dan asam. Buat sikit je...1 perasa adalah dalam 6-7 batang. Boleh la...Hopefully , bila dah hari makan2, boring la hendaknya.
Zuraini bt Zainal
Tuesday, May 4, 2010
Teringin nak makan Choco Chip Cookies laaa..
Dek kerana nafsu makan ku ini, maka terpaksa ku layan jua membuatnya pada hari ini.
Semasa coretan ini dibuat, baru siap 1 loyang. Ada dalam 3,4 loyang lagi yg perlu dimasukkan dalam oven. Sementara menunggu, update la kejap kat blog. Kang lelama malas lah pulak nak menepek kat sini. Tengah ghajinnnnnnnnnnnn... ;)
Ok kat sini ditepekkan resepi yg ku ceduk dari 'Suzette Cooks ~ Simple and Easy Recipe' . TQ..
Cari kat internet, banyak resepi cookies nie, tapi aku telah memilih yg ini , kerana resipinya simple...takyah timbang2, pakai cup je...senang. Hihihihi..
Ini dia resepinya
‘FAMOUS AMOS’ CHOCOLATE COOKIES RECIPE
Ingredients
1 bar butter
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup brown sugar
2 eggs
1 tsp. vanilla
2 cups flour
2 1/2 cups oatmeal, blended to powder
1/2 tsp. salt
1 tsp. baking soda
1 tsp. baking powder
340g chocolate chips
250g Chocolate bar, grated
100g nuts (your choice), chopped
Method
1. Preheat oven at 190C
2. Cream the butter and both sugars
3. Add eggs and vanilla, mix evenly
4. Fold in flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda.
5. Add chocolate chips, grated chocolate bar and nuts. Mix well (I used my hands in a food grade plastic bag, as it is too thick for my mixer).
6. Roll into small balls (around 1 inch in diameter) and place two inches apart on a cookie sheet/tray.
7. Bake for 10 minutes at 190 C.
When the cookies are removed, they are soft. But when left cool, it will harden up and become slightly crisp outside (but chewy inside).
Antara gambar2 yg sempat di snap..
Adunan yg sedang menungu utk di bulat2kan...
Pembantu tidak berbayar musti ada....
Pembantu2 yg lain...ye kita kerah depa buat keje...
Boss kenkadang bising gak, sebab tak ikut arahan...
Pembantu paling seksi....ish..ish..ish...sila abaikan..
Cookies sedang dibakar....Oven ciput...masuk pun gilir2 yer...uhuk!
Gambar dah siap, lom sempat snap. Kang dah siap, kite update yer...
Big big boss, call tadi. Cakap nak balik lambat hari ini..Tapi bila kite update dia apa yg kitaorg dah masak hari ini...cepat2 tukar time....."abang balik kol 8 ye"...ok la, dari balik kol 10 malam kan....hihihi...berjaya misi aku...
Sekian.
Zuraini bt Zainal
Monday, May 3, 2010
Coklat Kek
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula halus (kalau takde, kisar kasi halus)
½ cwn serbuk koko (guna serbuk hitam – dark chocolate , lagi bagus)
150g butter
3 biji telur
1 camt coklat emulco (kalau takde gune esen vanilla)
1 camt serbuk penaik
1camt soda bikarbonat
1 cwn air
½ cwn mayonise
Bahan kuah coklat:
200g coklat cooking (separuh bar)
200ml whipping cream (satu kotak kecil)
Sedikit butter
Coklat urai utk hiasan
Panaskan oven 180’c. Leserkan loyang sederhana dgn butter (guna kertas A4 kalau takde kertas minyak)
Pukul butter & gula sampai kembang (warna keputihan).
Sambil tu bolehlah ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik & soda bikarbonat.
Bila butter dah kembang, masukkan telur satu per satu.
Masukkan esen / coklat emulco. Tutup mesin.
Dengan menggunakan sudu kayu (aku guna tangan je), masukkan bahan ayak tadi diselang seli dgn air. Jangan over kacau, kalau ade ketul-ketul kecil tepung tu, kira ok dah.
Masukkan mayonise. Jangan kacau sangat, lebih kurang je.
Bakar selama 40-45 min.
Kuah kek:
Dengan menggunakan teknik double boiler (air panas bawah mangkuk, takut hangus kalau dimasak atas api), cairkan coklat dengan cream. Bila dah fully cair, masukkan butter 1 sudu. Kacau skit lagi. Tuang atas kek. Tabur coklat urai. SIAP!
Zuraini bt Zainal
Sunday, May 2, 2010
Baking A BlueBerry Muffin
Tepung segera yg aku beli bersama Lenda ketika aku balik Melaka...2 or 3 bulan lepas...ye ker??? Dah lamaaa....
Aku mmg tak punye masa....Mungkin time management aku tak berapa bagus...tats y la, semuanya tak sempat..Aku tengok org lain ok je...uhuks!
Memandangkan hari nie Terengganu masih cuti, maka aku pun merajinkan diri buat muffin blueberry ni...SEGERA!! RINGKAS!! MUDAH!! CONFIRM JADI!! hihihi
Bahan2nya:( simple je)
Tepung Segera BlueBerry Muffin - 1 kg (tak sempat nak snap gambar tepung tuh!)
8 biji telur
2 cawan air
2 cawan minyak
Kaedahnya:
Campurkan tepung + air + telur. Mix dengan kelajuan rendah 1 minit. Tambahkan 1 kelajuan. Mix lagi untuk 4 minit. Kemudian campurkan minyak. Mix dengan kelajuan rendah selama 1 minit. SIAP! Mudah sangat. Siap boleh hafal lagi...kikikiki
Beberapa pic yg sempat di snap utk tatapan.
Ini la hasilnya. Yummy!!. Tak tak bley makan banyak2 k....Manis....
Oh! Terlupa nak letak gambar pembantu-pembantu tidak berbayar ketika proses pembikinan muffin nih...hihihihi.
Taraaaaaaaaaaaaaaaaa..!!
Saturday, May 1, 2010
Ber PIZZA di rumah...
Masalah-masalah yang melanda
1. tiada bahan cerita
2. tiada masa
3. sibuk
4. bla..bla..bla...**tak tau apa buat**
So hari ini seperti punya masa untuk bercerita.....Tajuk cerita "Ber PIZZA di rumah....hihihi
Semalam, Jumaat cuti...**terengganu mmg cuti hari Jumaat & Sabtu**...tak balik Kuantan, tak balik Melaka...plan mmg nak duduk di rumah shj...asyik takde je hujung minggu. Dah agak lama plan nak buat pizza. Hari yg sesuai telah tiba...HARI INI..!!
Aku tak pernah buat Pizza atau apa sahaja yg berbentuk roti...haaaa..boleh ke melakukannya...??? Cuba je lah...resepi byk kat internet....agak tak reti cara praktikalnya, leh jenguk kat youtube..berlambak jugak... Takde ALASAN kan??
So aku dah cuba buat mengikut resepi seperti di bawah..ku ceduk dari MyResepi.com
Tq kepada empunya resepi tulip77.
Resepi pizza yg ku guna pakai...
Bahan-bahan ( loyang 11" )
- ** Untuk doh pizza **
- 200g / 2 cawan tepung gandum
- 20g / 2 st yis segera
- 3g / 1/2 st garam
- 5g / 1 st gula
- 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
- 1/2 cwn air suam untuk menguli
- ** Untuk sos pizza **
- 1 labu bawang besar - cincang halus
- 2 ulas bawang putih - cincang halus
- 2 biji tomato - cincang halus
- 2 sb minyak masak
- 3 sb tomato puri
- 2 sb sos tomato
- 3/4 st gula
- 1 st oregano
- garam & gula
- ** Untuk Topping **
- Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
- Lada benggala hijau atau merah, tomato
- Cendawan butang, bawang besar, nenas
- Keju untuk pizza
Cara-cara
- ** Untuk doh pizza **
- Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
- Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
- Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
- Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
- Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
- Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
- Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
- Gambar sos pizza
- Keju pizza kat sini
- ** Untuk sos pizza **
- Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.
Berjaya buat 2 regular size pizza. 2 kali makan....licinnnnnnnn....Anak2 kata sedapsss...
Jom tengok gambar2 menarik yg sempat disnap...
Selamat mencuba kepada mereka2 yang ingin mencuba.....









