Showing posts with label Sarah. Show all posts
Showing posts with label Sarah. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa


Sumber di perolehi dari Facebook Pak Ngah- Farit Ismeth Emir

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Thursday, February 3, 2011

Anak perempuan


Ini gambar AKU dan anak perempuanku Nur Maisarah. Siapa kakak , siapa adik.???
Hahahaha...Ada iras ke? Ramai yang kata sejibik. Hmm...dah nama pun anak aku...kalau tak
muka ayahnya, sudah semestinya muka omaknye...hihihi

Bulan lepas, aku berkesempatan membeli sebuah buku yang bertajuk " Anakku...Didiklah Hati Mencintai-NYA ". Jalan-jalan di kedai buku Popular (Mesra Mall), tertarik untuk membelinya. Sehingga ke hari ini, buku ini masih belum dapat dikhatamkan. Tidak sempat nak mengadap buku ni lama-lama. Biasanya sebelum tidur sempatlah habiskan 2,3 muka *bila nak habis??*.

Photobucket
Inilah bukunya

Beberpa topik/tajuk menarik *telah dibaca* yang ingin dikongsi bersama mengenai 'Anak perempuan'.


Cara berbuat baik kepada anak-anak perempuan

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:

Barang siapa yang memberi nafkah dua orang anak perempuannya sehingga kedua-duanya baligh, maka dia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan aku dan dia (lalu baginda menghimpun jari-jemari beliau) - Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w lagi

Barangsiapa yang diberikan ujian dengan sesuatu melalui anak-anak perempuan ini, lalu ia memperlakukan mereka dengan baik, maka mereka akan menjadi penghalang untuknya daripada api neraka. -Muttafaqun alaih

Kaedah perlakuan baik kepada anak perempuan (ringkasan)

- Memilih nama yang baik untuk mereka
- Memenuhi keperluan asas seperti makanan , pakaian, tempat tinggal dan ubat-ubatan.
- Bersikap lembut, memberi kasih sayang serta memuliakan mereka
- Bersikap adil - memberi layanan, pemberian nafkah (memberi hak masing2) sesuai dengan keperluan dan ketika memberi hadiah.
-Mendidik dengan ajaran Islam yang sempurna dan mengawasi akhlak serta tingkah lakunya sejak diusia muda lagi. - antara adab yg perlu diterapkan adab minta izin
, adab makan, adab minum, adab berpakaian, adab mendoakan org tua, adab bergaul, mengajar membaca Al-Quran dan zikir2 utama, berwuduk dan menyuruh solat pada usia 7 tahun dan memerintah mendirikan solat pada umur 10 tahun.
-Mengajar dengan perkara yang diperlukan setelah berumahtangga- adab layan suami, urus rumahtangga, memasak, mengemas dan kerja lain yang seumpama.

Wahai ayah dan ibuku yang mulia, sudah ditakdirkan dirimu dianuger
ahi aku sebagai anak perempuanmu. Lalu, didiklah anakmu ini dengan baik dan sempurna. Berikan nafkah dan perlakukan aku ini sebaiknya. Tidakkah ayah dan ibu tahu ganjaran yang akan diterima daripada ALLAH jika melakukan semua itu semata-mata mengharapkan balasan daripada NYA? Lakukanlah duhai ayah, laksanakanlah duhai ibu apa yang telah diperintahkan ILAHI.. kelak dirimu pasti berasa bersama Rasulullah di jannah NYA yang kekal abadi. Nikmat tiada noktahnya...

*Kalau lah Sarah boleh berkata-kata sebegini..adeh!!.sob..sob..sob

Entri ini didedikasikan buat anak perempuanku yang SATU , Nur Maisarah bt Rozali...Ibu sayang Sarah, sangat-sangat walaupun kadangkala kita seperti tidak seia dan sekata...huhuhu


Moga menjadi anak yang solehah, yang berjaya di dunia dan juga di akhirat, insyaallah. Aminnn..

Friday, January 7, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Uuuu..mak aiii, dah beberapa hari berlalu baru nak wish Selamat Tahun Baru 2011. Rasanya belum terlambat. 2,3 menjak ni sibuk dengan urusan anak-anak. Persiapan persekolahan, minda, rutin baru (timetable baru) dan segala urusan persekolahan anak. Sarah sudah masuk darjah 1...alhamdulillah..dah besar anak ibu. Haziq masih di tadikanya yg lama tapi dengan pengalaman baru, pergi ke sekolah tanpa kakaknya bersama. Kesian Haziq...

Hari pertama persekolahan semua berjalan lancar. Seperti yg telah dirancang, Sarah akan ditemani ayah dan Haziq akan ditemani ibu dan Hafiy ke sekolah. Sarah tiada masalah dengan pengalaman dan suasana barunya. Tapi muka serius la... (mmg begitulah keturunannya..mengikut kata makciknye..ekekeke). Haziq, oh ini...memerlukan sedikit kesabaran...Haziq tidak mahu melepaskan ibunya pergi..huhuhu...Ibu kena duduk dalam kelas bersama. Setelah sekian lama tak ke sekolah (semenjak kakak xcident) dan terpaksa pergi ke sekolah tanpa kakak bersama memberi sedikit masalah buat Haziq untuk menyesuaikan diri. Ok ibu teman...
Sambil meneman, sempat la tengok budak-budak lain yg baru pertama kali ke sekolah. Ada yg nampak terlalu berani, langsung tidak takut orang, ada yang menangis meraung-raung, ada yang merengek-rengek dan ada pula yg sudah mula bermain-main dengan kawan-kawan (senior) dan ada juga yang terlalu kecik untuk ke sekolah(saiznya kecik dan umurnya baru 3 tahun). Comel je... Memang cukup riuh-rendah kat dalam sekolah tu. Buat aku tergelak je. Memacam kerenah budak-budak ni, tapi menghiburkan.
Setelah setengah jam menanti, sudah tiba masanya aku cabut lari. Terpaksalah anak aku. Haziq kena biasakan juga dengan situasi itu.

Setelah berjaya meloloskan diri di sekolah Haziq, aku singgah pula ke sekolah Sarah. Hmmm...di sana lebih tenang. Takde masalah. Budak darjah 1 nya pun tak begitu ramai. Dalam 60 org sahaja, 2 kelas. Sikit kan. Kalo kat tempat lain sure berasak-asak. Ini untungnya duduk di Paka ni...ekekekeke...Sekolah elit..hahahhaha....Sek Keb Paka III. Takpelah...yg penting bersekolah. Mana-mana pun sama je. Kita sebagai ibubapa kena tahu mendidik anak-anak ni. Bukan kena harapkan sekolah semata-mata. Kita pun ada tanggungjawab bersama. So far takde masalah sangat hari pertama Sarah ke sekolah. Kawan-kawan dari sek lama pun ada. So takdela rasa terasing sangat.

Berakhir 1 hari pertama ke sekolah. Untuk hari-hari seterusnya..untuk Sarah mmg tiada masalah. Haziq masuk hari ketiga, dia dah ok. Hari kedua masih seperti hari pertama. Tapi yang herannya, balik hari kedua tu dia cukup happy untuk ke sekolah esok harinya. Dan berjanji tidak mahu nangis lagi dan ibu tidak perlu menghantarnya sampai ke dalam kelas. Cukup sekadar diluar pagar. Wah...lega rasanya. Esok dijanjikan hadiah sekiranyaHaziq mengotakan janjinya. Ye Haziq mmg mengotakan janjinya. Dia kewl je masuk hari ketiga. Alhamdulillah. Lega. Haziq sudah boleh membiasakan dirinya dengan rutin barunya. Sebagai meraikan kegembiraan ini...Haziq dapat hadiah dari ibunya...siap bungkus pakai kertas hadiah lagi..Happy Haziq...Hari-hari seterusnya semuanya berjalan dengan sangat lancar. Oh ye...Haziq siap nak masuk teakwando kat sekolahnya. Uiksss....semangat budak nie.. tahun lepas, ibu tanya... dua-dua tak nak join. Kali ni, Haziq sendirian kat sekolah, tetiba plak bersemangat nak join. Hopefully dia betul2 berminat la...jangan separuh jalan. Ibu dah bayar duit yuran ngan baju niii....

Ok la. Jom kita layan gambar-gambar yang ada...Psssttt...sebenarnya Sarah tak beri gambarnya diambil ketika di sekolah. Tidak tahu la mengapa. So mari kita layan gambar curi ni...hahahhahaha.....*low profile anak aku ni...*

Photobucket
Masam je kannn....Serius jew!

Photobucket

Photobucket
Macam budak darjah 3 Sarah ni...Tonjang!

Photobucket
Mini projek Haziq kat skool. Buat2 pastu leh makan....


The end!


Zuraini bt Zainal

Sunday, November 14, 2010

Sarah Xcideng Beska

Sarah jatuh basikal. Adeh!
Jatuh basikal dah biasa, tapi kali ini agak luar biasa. Mengapa?
Biasa jatuh basikal, luka lutut ke, luka siku ke..kali ni kalau dilihat pada luarannya takde luka pun, tapiiiii siku Sarah bengkak.. Serius nih! Dalam otak fikir ~ boleh jadi, terseliuh, retak atau patah.

Untuk memudahkan perjalanan cerita yang panjang. Kita buat dalam kronologi kejadian lah.. Hahahaha..cam kes berat je ek.

Kronologi Kemalangan

3 Nov 2010, Rabu
5.30 ptg ~ Sarah bermain basikal keliling taman bersama seorang anak jiran. Pulang dalam keadaan menangis kesakitan. Setelah diperiksa, tiada luka serius, tetapi tangan sebelah kanan, sakit apabila disentuh.
6.30 ptg ~ Berangkut semua ke klinik. Jumpa ayahnya di sana. Nasib kami baik, doc favorite kami on duty hari tu. Dia mencadangkan kami membuat X-ray kerana dikhuatiri, tulang siku retak/patah kerana bengkak pada siku telah kelihatan.
8.00 mlm ~ Di Hospital Dungun. Masuk ke unit kecemasan, lega tidak ramai pesakit ketika itu. Urusan semua berjalan lancar dan cepat. Dari keputusan X-ray, tulang pada bahagian siku Sarah retak dan memerlukan rawatan susulan. Sarah perlu disimen setelah surut bengkak. Temujanji seterusnya adalah pada 8hb.
9.00 mlm ~ Urusan selesai. Sebelum pulang, singgah Pizza Hut for take away dinner (utk mengubat hati yang lara)
9.45 mlm ~ Sampai rumah, semua dah tido dalam kereta. Jadi siapa yg perabihkan Pizza??? Semalaman Sarah tidur tak lena. Sekali sekala merengek. Sakit la tu. Kesian.

4 Nov 2010, Khamis
Tidak ke sekolah (yang tak sakit pun tak ke sekolah). Tangan masih berbalut dan masih bengkak. Sekali sekala menangis/merengek kesakitan.

5 Nov 2010, Jumaat
10.00 pagi ~ Balik Kuantan. Cuti panjang sempena Deepavali. Sarah semakin ok. Kurang rengekkan dan keaktifannya telah kembali semula. Separuh OKU.

8 Nov 2010, Isnin
10.30 pagi ~ Rawatan susulan Sarah di Kuantan Medical Centre. X-ray dilakukan semula untuk melihat progress tangan Sarah. (dalam pemikiran, mungkin balutan dibuka terus atau kena simen coz keadaan Sarah yang memberangsangkan.) Tangan masih berbalut tapi tidak lagi tergantung. Dia kata dah tak sakit. Aiiihh anak aku.!
1.00 ptg ~ baru dapat keputusan X ray. Tgk jugak, nampak cam Ok..Break time. Arrghh..kena datang balik semula ptgnya.
3.00 ptg ~ Setelah di pujuk2 ( Sarah nak main2 ngan kazen2 dia, tak kose nak mai spital lagi) kitaorg kembali semula ke hospital. Terus dapat jumpa doktor. Hasil penglihatan doc yang lebih arif dia kata, tangan Sarah bukan retak tapi PATAH! Serius jugak dia kata...Perlu di operate bagi membetulkan kedudukan tulang dan perlu di sokong dengan 2 batang besi. APA????????? Doktor memberikan penerangan jelas, setelah berpuashati terpaksa menurunkan tandatangan bagi memberi keizinan untuk Sarah dioperate. ADUH!

Mengapa di Hospital Dungun, doktor kat sana kata retak je??? hmmmmm...
Ada 2 kemungkinan di sini:
1. Pegawai perubatan di sana, salah tengok, atau kurang pakar @
2. Tulang Sarah memang retak sahaja tetapi kerana keaktifannya, dan kurang berjaga-jaga , keretakannya menjadi semakin serius.
Aku rasa no 2. Takan doktor salah tengok..



Bertemu kembali..... 6 Dis 2010

Maaf la, dah sekian lama baru nak sambung cite pasal Sarah. Sibuk sikit semenjak anak-anak dah start tidak bersekolah ni. Dah takde dah, masa 1-2 jam untuk masa sendiri...uhuhuk!

9 Nov 2010 , Selasa
~ Sarah perlu berpuasa 6 jam sebelum pembedahan. Mengikut perancangan doktor, pembedahan dilakukan pada pukul 10 pagi. Jadi dari pukul 4 pagi Sarah dah start berpuasa.
8.30 pagi ~ Bertolak ke hospital. Ayah halfday hari ini. Dia yang akan menunggu Sarah ketika pembedahan dilakukan, manakala aku, kena jaga 2 org kanak-kanak yang sihat dan aktif..uh!
10.00 pagi ~ aku hantar juga Sarah sebelum masuk bilik operation. Dia nampak takut2 tapi masih mampu mengawal diri. Cool`..
Aku dan anak2 yang lain menunggu di bilik. Oh kalo tidak, mereka bikin kacau kat luar bilik bedah tu.
12.00 tghari ~ Sarah didukung oleh ayahnya masuk ke bilik. Menangis, meraung..kesakitan. Sarah dah sedar.

Kesian aku tgk dia. Macam sakit sesungguh-sungguhnya. Dalam hati * takan tak beri painkiller*.. Rasa nak menitik air mata tgk Sarah dalam keadaan begitu. Dah la tu..service hospital cam hampeh sungguh. Bantal kat bilik tu, dah diambilnya masa bawa turun Sarah ke bilik bedah.. bila Sarah dah sampai bilik nak dibaringkan, nak dapatkan semula bantal tu pun ambik masa. Itu belum cerita cadar putih bertanda, bilik buruk * duduk hospital kerajaan pun rasanya lebih selesa*. Menderita aku tgk Sarah ngan aku2 sekali rasa menderita, coz kena layan sakit mata, rimas duk dalam bilik tu.
Selepas beberapa minit (ada la dalam 15-20 min, menagis dan meraung) ditenangkan, Sarah terlena semula. Mungkin kerana ubat penahan sakit.
Sarah perlu tinggal dihospital utk semalaman. Memandangkan keadaannya masih sedikit lemah. Lepas pembedahan, ayah perlu balik Paka, sebab ada prensentation kat opis. So nak tak nak aku perlu lah menjaga seorg anak sakit, dan 2 org anak yg sihat dan aktif sendirian. Berbaloi sungguh duduk hospital. Nak ditinggalkan mereka ngan neneknya, derang tak nak..so terpaksalah.


10 Nov 2010, Rabu
~ Sarah discharge hari ini. YahOOOoOO..!!
12.30 tghari ~ Mak Ngah dan nenek Sarah datang jemput, memandangkan ayah bekerja.
Oh terasa lega yang amat sekali...
Appointment yang seteresnya 1 Dis 2010 nanti.

So bermula hari2 yang seterusnya dengan keadaan tangan Sarah yang berbalut yang di dalamnya ada besi. Oh dalam keadaaan2 macam tu, Sarah masih mampu bermain seperti biasa malah boleh juga menulis cuma dalam keadaan tertentu shj dia perlukan bantuan *makan, mandi, pakai baju*

1 Disember 2010
~ Ya appointment Sarah dengan doktor. Kami mmg bercadang ke hospital petang. Sampai di hospital takle petang, tgh ari.
12.30 tgh ~ ke hospital beramai-ramai *semua angkut pergi*. Sampai di hospital, admin yang jaga kat depan tu kata, DOKTOR SAMPAI PUKUL 12 je.... HAAAAAAAAAAAA ????

Kan dah buat appointment. Dalam kad appointment pun tak kata perlu datang pukul berapa. Mengapa doc suka2 je tutup klinik dan pergi ntah ke mana....
Kami mmg perlu blacklist la hospital ni *KUANTAN MEDICAL CENTRE*. Dah lah service cam hampeh* lembab, kurang mesra pelanggan, selalu buat patient terpinga2, bilik buruk, menyarungkan cadar putih yg hitam bertompok2...argghhh!! tapi tu la, kenkadang terpaksa akur * bersalin Haziq dan Hafiy kat hospital ni * coz doktor bersalinnya perempuan dan sangat lembut dan baik orangnya...
tapi dah jadi macam ni, aarrghhh tak bley tahan lagi....kena cari hospital lain nampaknya..

macam panjang lagi ceritanya...nanti sambung ye....

bersambung....

Zuraini bt Zainal

Monday, March 29, 2010

Sarah kena Chicken Pox..aiyaaa!

25 Mac hari tu kitaorg balik kg. Seronok.. Saat yg ditunggu. Dah lama tak balik. Ayah sibuk dengan kebun kelapanya, ibu sibuk masak, chit chat ngan nenek, makcik, bebudak sibuk dengan cousin2 mereka...Pendek kata, semua enjoy la balik kg.

Sedang seronok2 duduk kg...tup2, Sarah kena chicken pox...abis bintat2 badan dia..merah2..kesian ..dia tak demam pulak...Kebetulan ayahnya balik dari kebun bawak balik buah kelapa muda, minum airnya..tu la agaknya chicken pox Sarah nampak jelas keluar. Cuti panjang lagi la nampaknya Sarah. Hari tu kena sakit tangan kaki dan mulut. Habis pecah2 mulut, seminggu baik, kena chicken pox la pulak...Apa boleh buat Sarah...Redhakan je laaa..katanya kena kecik2 ni tak teruk sangat..mmm..memang yer pun...rileks je Sarah...Steady je dia...Cuma gatal je kenkadang dia tak tahan.

Beberapa perkara tentang Chicken Pox
----------------------------------------

- dikenali sebagai cacar air , jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah).
- berpunca daripada virus Varicella (kumpulan virus herpes)
- mudah berjangkit
- semua peringkat umur boleh dijangkiti terutama kanak2 (org dewasa lebih teruk)
- merebak melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti.
- pengidap boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. **aduh!**





Tanda / Gejala
----------------

- demam ( mungkin juga tidak, seperti Sarah)
- terdapat bintik2 merah pada kulit
- kawasan melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh
- bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari (boleh mencecah ratusan biji)
- membentuk gelembung berisi air.
- bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping.
- rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru (menyebabkan parut).
- lain2 -sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu.

Rawatan
----------

- Ubatan anti-viral, Acyclovir atau immuno globulin. Berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti dan mampu mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox.
-Rawatan antibiotik
-Rawatan di rumah, sapu dengan losyen calamine. Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal dan panadol/paracetamol untuk demam.

**sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php