Saturday, May 1, 2010

Ber PIZZA di rumah...

Uihh...dah lamanya tak update Blog...hampir usang dibuatnya...huhuhu...
Masalah-masalah yang melanda
1. tiada bahan cerita
2. tiada masa
3. sibuk
4. bla..bla..bla...**tak tau apa buat**

So hari ini seperti punya masa untuk bercerita.....Tajuk cerita "Ber PIZZA di rumah....hihihi

Semalam, Jumaat cuti...**terengganu mmg cuti hari Jumaat & Sabtu**...tak balik Kuantan, tak balik Melaka...plan mmg nak duduk di rumah shj...asyik takde je hujung minggu. Dah agak lama plan nak buat pizza. Hari yg sesuai telah tiba...HARI INI..!!

Aku tak pernah buat Pizza atau apa sahaja yg berbentuk roti...haaaa..boleh ke melakukannya...??? Cuba je lah...resepi byk kat internet....agak tak reti cara praktikalnya, leh jenguk kat youtube..berlambak jugak... Takde ALASAN kan??

So aku dah cuba buat mengikut resepi seperti di bawah..ku ceduk dari MyResepi.com
Tq kepada empunya resepi tulip77.

Resepi pizza yg ku guna pakai...

Bahan-bahan ( loyang 11" )

  • ** Untuk doh pizza **
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli
  • ** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula
  • ** Untuk Topping **
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza

Cara-cara

  1. ** Untuk doh pizza **
  2. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  4. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  5. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  7. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  8. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
  9. Gambar sos pizza
  10. Keju pizza kat sini
  11. ** Untuk sos pizza **
  12. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.
Jadik jugak lah pizza nya, cuma rotinyer kurang crust la...tak tau camner nak buat...maybe kena bakar lama lagi agaknya.. Tang rasa..tip top..macam PizzaHut seh...hihihi
Berjaya buat 2 regular size pizza. 2 kali makan....licinnnnnnnn....Anak2 kata sedapsss...

Jom tengok gambar2 menarik yg sempat disnap...


Doh pizza



Sos Pizza



Tangan yg membantu



Insan yang membantu



Pizza sebelum dimasak



Sesudah dimasak







Hanya tunggu utk di ngap!

Selamat mencuba kepada mereka2 yang ingin mencuba.....


3 comments:

lendanuar said...

wah...bestnyer tgk kome berpizza di rumah....aku ni bila pulak ye nak buat nih....pasni boleh ler wat lagi ye dak anie.........good job..

Zuraini bt Zainal said...

hahahha..tengah ghajin buleh ler...kalo dak nak masak nasi pun rasa seksa.....huhuhuuhu

mama wana said...

bestnya..boleh try ni utk weekend :)