Kenal ais krem Malaysia atau pernah makan?
Hihihi...
Hari Khamis yang lepas, kami sempat buat ais ni. Atas permintaan anak-anak, maka direalisasikan juga impian itu. Lama juga nak ambik keputusan nak buat ais krem ni. Hamboi! mencabar sangat ke?
Serba salah..tak buat salah, buat pun serba salah juga.
Apa masalahnya?
Kalau TIDAK BUAT apa masalahnya?
1. Anak2 akan beli setiap hari di rumah jiran.
2. Anak tak reti beli sendiri, maka perlukan bantuan kawan. Kawan pun nak kena belanja juga.
3. Kawan berapa ramai ? 2 org, coz derang kembar..aduh!
4. Adik beradik sendiri lagi, belum termasuk ibu dan ayah pun kenkadang nak juga.
5. Beli hari2, setiap kali beli rm1.00 kalau 20 hari , berapa?
Kalau BUAT kenapa?
1. Kena ibu rajin la baru ibu nak buat. Ada masa, ada mood
2. Ais krem belum beku, anak dah sibuk nak makan.
3. Kerap kali buka tutup peti ais
4. Dapat makan lebih banyak, kalau beli limited
5. Kawan-kawan anak juga perlu diberi...PERCUMA...hari2? ye la kan...
6. Rasa terkacau bisnes jiran ..coz anak jiran tu dapat PERCUMA dari kami. Mereka takyah beli lagi.
Hmmmm...akhirnya ibu buat juga. Sebab hari-hari duk minta buatkan. Bila tengok anak beli, rasa macam...eiiii, banyaknya duit habis, sedangkan nak buat bukan susah sangat. So buat juga la.
Perasa milo, ribena, jagung dan asam. Buat sikit je...1 perasa adalah dalam 6-7 batang. Boleh la...Hopefully , bila dah hari makan2, boring la hendaknya.
Zuraini bt Zainal
3 comments:
wahh..good!good!i like..nasib baik jauh..kalu tak, dah ada loyal customer 3 orang..haha
anie..aku x leh buat..alamatnya peti sejuk aku selalulah buka,tutup..lama2 aku yg naik angin nanti......
syida: mmg jiran depan ni akan tergugat la bisnesnya.. hahahah..
nonda: itu mmg risikonya. mmg x bley buat selalu. :(
Post a Comment