Thursday, October 28, 2010

Fasa Bercerai Susu

BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.

Dalam kes aku , Hafiy tidak lagi menyusu badan. Nak kata beralih ke susu fomula pun belum jugak. Dia cuma minum air ribena melalui botol. Oh !Sungguh sedih sekali melalui fasa ini. Anak yang dulu disusukan kini terpaksa dipisahkan kerana masanya telah tiba..sob..sob..

Hari ini telah masuk hari ke 3 Hafiy tidak lagi menyusu badan di siang hari. Hanya diberikan bila dia nak tidur sahaja. Pada asalnya aku belum lagi bercadang-cadang untuk melalui proses 'penceraian' ini, tetapi tak sangka pula berjaya tanpa sebarang masalah-masalah kronik. Puncanya hari itu, Hafiy asyik minta susu aje berulang-ulang kali seperti tidak puas. Dan aku rasa susu pun dah makin berkurangan. Tetiba dapat idea... Ya, masanya telah tiba... jeng-jeng-jeng...

Hafiy genap 2 tahun esok dan rasanya ini adalah masa yang sesuai untuk bercerai susu. Memang selama ini, Hafiy bergantung sepenuhnya kepada susu badan tanpa dibantu mana-mana susu fomula. Alhamdulillah. Hasrat aku berjaya. Kira , Hafiy antara anak aku yg paling lama mendapatkan khasiat sepenuhnya dari susu badan sehingga ke umur 2 tahunnya.

Apakah kaedah yang aku guna?
Cuma mencalitkan nescafe shj. Rupa dan baunya yg kuat telah menjayakan misi ku. Alhamdulillah. Tiada masalah emosi yang ketara. Cuma sekali sekala Hafiy minta ditunjukkan 'botol susu' lamanya untuk disentuh2 bagi melepaskan rindu...ekekek...kesian....
Malam pertama masa tidur, aku tidak bercadang pun 'tak nak beri'...tapi dia sendiri yg tak nak. Kesian sangat tengok dia....resah gelisah. Pusing sana pusing sini, nak menghilangkan resah dengan keadaan mengantuk. Akhirnya, aku peluk dia...tepuk2 sambil mendodoikan dengan suara merduku* phewweet , baca surah2 biasa yang aku baca sebelum tidur. Kesudahannya, Hafiy berjaya ditidurkan dan aku pulak meleleh air mata..Oh sedih sangat...Saat-saat manis kami akan mula berlalu...*Masa dalam keadaan tidak sedar, aku berikan juga susu.* Besar dah Hafiy. Kejap betul masa berlalu.

Sekarang misi mencari susu yang hendak digantikan. Buat masa ini, Hafiy cuma nak minum Ribena je dalam botol. Itu pun tak banyak. Minum main2 je. Aduh, kesian juga. Susah hati gak kalau tak nak minum susu terus. Hopefully, ada lah susu yang serasi dengannya, insyaallah. Ibu cari ye Hafiy.

Esok Hafiy 2 tahun. Esok je la ibu wish. Esok juga jiran tetangga kat area rumah aku ni buat makan-makan bagi meraikan 3 jiran kami yg terpaksa berpindah kerana tuntutan kerja. So join sekali buat birthday party untuk Hafiy yang kebetulan jatuh pada hari yang sama. *Buat dengan Haziq sekali sebab hari tu cuma buat majlis tertutup sahaja untuk birthday dia. Hopefully meriah lah majlis esok walaupun kecil2an shj.

Sumber bacaan :
~ susuibu.com
~ http://mysuperkids.net/petua-cerai-susu-badan/
~ http://sumijelly.com/2010/07/21/panduan-bercerai-susu/


Wajah sugul Hafiy


Zuraini bt Zainal

3 comments:

Syahida said...

muncung2 pun hafiy tetap chomelll..hehe. mama hafiy sabar ye..fasa menyusukan dah berakhir..Alhamdulillah..mudah2an ada rezeki menyusukan bby lagi lepas ni ^^

LENDANUAR said...

wah..info ni..nescafe ye...ooo nanti akan aku cuba..tenkiuuuuuuuuuuuu

Zuraini bt Zainal said...

syahida: ye.. baru bermula belum berakhir coz mlm2 still kasi....
lenda : try lar..