Wednesday, October 20, 2010

MALAS. Apakah punca & cara mengatasinya.

Topik semalam, belum habis lagi.
Rasanya hari ini seperti mahu memuhasabahkan diri. (wah!!)

Penyakit yang sudah lama dihidapi. MALAS! uh!

Apakah puncanya? (dari sudut pandangan diri sendiri ya!)
---------------------------------------------------------------
- motivasi diri berkurangan
- tiada perancangan dibuat (daily/monthly/yearly)
- tiada target
- sentiasa rasa "in comfort zone"..ekekeke
- perancangan masa..gagal!

Cara mengatasinya (melalui pembacaan dan pemahaman sendiri)
-------------------------------------------------------------------------
- kena sentiasa mencari dan mendapatkan motivasi diri. (melalui pembacaan).
* kena ada idola untuk dicontohi
- kena ada perancangan dibuat setiap hari. (pagi nak buat aapa, tengahari nak buat apa, petang dan seterusnya)
- kena ada target ( setiap pagi setkan target utk hari tersebut.**contoh : lipat kain 5 bakul. kerja berat tuuu**..kalau berjaya melepasi target, reward siri sendiri ( beli ais krem ke ...kan!)
- cuba keluar dari comfort zone...jangan rasa selesa sangat dengan keadaan kita. cuba cabar diri kita, buat lebih dari biasa.
- perancangan masa perlu ada. jika tidak haru biru dibuatnya. kena ada time table. baru lah perancangan kita itu teratur, mood pun tak terganggu ekoran dari keadaan yg haru biru itu..*mood bila dah takde, tu yg nak update blog pun jadi MALAS!*

Ya! itulah puncanya....
Aku harap, apa yang tercatit ini akan menjadi peringatan ketika penyakit MALAS ku melanda...huhuuhuh...Akan ku usahakan untuk menjadikan hari ini adalah yg lebih baik dari hari semalam. AMIN.


Zuraini bt Zainal

0 comments: