Monday, November 1, 2010

5 minit bersama HAFIY

Aktiviti bersama Hafiy..tak lama 5 minit jer. Itupun dah cukup memuaskan hati. Biasanya pagi-pagi Hafiy rajin bawa buku minta ibu bacakan untuknya. Tetapi tak sampai 1 mukasurat dibaca, sudah disuruh buka buku yang lain pula..Haiiiih....sabar melayan Hafiy.

Hari ini, aku tukar sikit aktivitinya. Kita baca 'Flash Card'. Sudah lama flash card (kakaknya) tidak digunakan. Tersimpan di store sebab tidak mahu disepah-sepahkan dan dirosak-rosakkan. Sayang la pula. Sekali beli kena guna sampai adik-adik yang terakhir..ekekekek...(sapalah yang terakhir tuuuu ye..)

So far dalam masa 5 minit tu, fokus juga Hafiy dengan flash card tu....boleh jugalah dia menyebutnya walaupun dalam keadaaan pelat-pelat tu. Aku sebut, then aku tanya dia semula..."apa ni?" dan dia mampu mengulang perkataan tersebut. Yang tak tahannya...kalau aku lambat tanya dia....dia pulak yang akan tanya aku " apa ni?" hahahahaha.... nak tak nak kena la jawabkan....

5 minit berlalu, bukan Hafiy je yang dah hilang fokus....rupanya aku pun sama...*sambil ajar anak, sambil tengok TOP CHEF channel 702* arrghhh!!!... Hafiy pun dah start kelepek2 kan kad tu...disoalnya aku ini dan itu...kemudian, disebabkan aku terleka di TV * tidak menjawab soalan* ditepeknya kad tu di muka aku...hahahahhaa....teruk la ibu ni....

Berakhirlah 5 minit bersama Hafiy. Aktiviti terakhir, kita kena kemas balik ye...Kita sambung esok hari pula , insyaallah.

Jom layan gambar-gambar yang sempat disnap pagi tadi.

Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Zuraini bt Zainal

0 comments: