Wednesday, February 8, 2012

Walnut Cinamon Roll

Yey! Dah lama tak membaking...akhirnya...
Tapi tu laaa...penat..penat membebel...hahaha...biasa la kalau dah reramai tu, semuanya nak membantu...dari petang mengulinya...dah malam baru dapat makan...huhuhhu
Sedap..resepi ni sedap..walaupun agak leceh sikit, tapi berbaloi mencubanya.
So jangan tak cuba, cuba taw!
Ini percubaan kali kedua ku....


Ini lah rupa cinamon roll saya...Macam takde rupa...tapi rasa ADA..ekekeek

Resepinya di copy paste dari myresepi.com.

Bahan-bahan ( 9 biji )

*Doh roti

250g tepung roti
50g tepung gandum
50g butter
+/- 125ml susu segar
1 biji telur
6g (2 sudu kecil) dry yeast
1/2 sudu kecil garam; 30g gula halus

*Sapuan

25g butter lembut
*cinnamon sugar
25g walnuts
50g gula halus
1 sudu besar cinnamon powder
1 sudu besar tepung gandum

*Cheese frosting

25g cream cheese
25g butter
40g gula aising
sedikit esen vanila
Cara-cara

Ayak tepung. Dalam bekas lain, campur susu dan telur biar jadi 200ml. Kemudian masukkan gula dan garam ke dalam susu dan telur, kacaukan.

Buat lubang ditengah, masukkan sikit-sikit campuran telur dan susu tadi sambil digaul sehingga berketul. Keluarkan dari mangkuk dan letaklah di atas papan canai.

Buka sikit doh tadi seperti dalam gambar dan letaklah yis ditengah. Tutuplah yis dengan doh. Kemudian uli dengan perlahan supaya yis tak terbang.

Uli sehingga tak melekat ditangan.

Bahagikan butter kepada 3 bahagian. Ulikan sikit-sikit dengan doh tadi sehingga licin.

Masa menguli dari letak dry yeast sehingga jadi doh yang licin memakan masa 15-20 minit. Bila doh ditarik dengan dua tangan akan membentuk lapisan nipis dan nampak kesan jari, bolehlah berhenti mengguli.

Sapukan mangkuk dgn minyak atau butter. Letakkan doh di dalamnya. Tutup dengan plastic wrap. Biarkan naik 2 kali ganda.

Tip: kalau tekan dgn jari dan nampak kesan jari, maksudnya doh kita tu dah naik.

Goreng atau bakar dgn oven walnuts dulu sebelum digunakan.

Campurkan semua bahan untuk cinnamon sugar. Ketepikan.

Canaikan doh selebar 20x40 cm . Sapukan dengan butter yang dah lembut . Biarkan 1cm pada bahagian hujung doh tidak disapukan butter.

Kemudian letakkan cinnamon sugar tadi.

Lepas tu gulung dan tekan-tekan bahagian tepi biar bercantum. Kemudian bahagikan kepada 9 bahagian.

Letakkan bahagian yg dipotong ke atas di dalam bekas atau loyang yang sesuai.

Penaikkan sehingga 2 kali ganda.

Bakar selama 10 minit dengan suhu 190C. Kemudian turunkan suhu 180C. Bakar lagi selama 5~8 minit.

Sementara itu sediakan cheese frosting. Campurkan semua bahan-bahan untuk frosting. Pukul sehingga licin.

Letakkan frosting ketika roti masih panas-panas.

*TIP: Panaskan semula sebelum dimakan lagi rasa sedap..

------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana berkongsi.
Untuk lebih jelas (ada gambar ) klik sini ----> RESEPI Walnuts Cinamon Roll


SELAMAT MENCUBA !

0 comments: