Sunday, November 14, 2010

Sarah Xcideng Beska

Sarah jatuh basikal. Adeh!
Jatuh basikal dah biasa, tapi kali ini agak luar biasa. Mengapa?
Biasa jatuh basikal, luka lutut ke, luka siku ke..kali ni kalau dilihat pada luarannya takde luka pun, tapiiiii siku Sarah bengkak.. Serius nih! Dalam otak fikir ~ boleh jadi, terseliuh, retak atau patah.

Untuk memudahkan perjalanan cerita yang panjang. Kita buat dalam kronologi kejadian lah.. Hahahaha..cam kes berat je ek.

Kronologi Kemalangan

3 Nov 2010, Rabu
5.30 ptg ~ Sarah bermain basikal keliling taman bersama seorang anak jiran. Pulang dalam keadaan menangis kesakitan. Setelah diperiksa, tiada luka serius, tetapi tangan sebelah kanan, sakit apabila disentuh.
6.30 ptg ~ Berangkut semua ke klinik. Jumpa ayahnya di sana. Nasib kami baik, doc favorite kami on duty hari tu. Dia mencadangkan kami membuat X-ray kerana dikhuatiri, tulang siku retak/patah kerana bengkak pada siku telah kelihatan.
8.00 mlm ~ Di Hospital Dungun. Masuk ke unit kecemasan, lega tidak ramai pesakit ketika itu. Urusan semua berjalan lancar dan cepat. Dari keputusan X-ray, tulang pada bahagian siku Sarah retak dan memerlukan rawatan susulan. Sarah perlu disimen setelah surut bengkak. Temujanji seterusnya adalah pada 8hb.
9.00 mlm ~ Urusan selesai. Sebelum pulang, singgah Pizza Hut for take away dinner (utk mengubat hati yang lara)
9.45 mlm ~ Sampai rumah, semua dah tido dalam kereta. Jadi siapa yg perabihkan Pizza??? Semalaman Sarah tidur tak lena. Sekali sekala merengek. Sakit la tu. Kesian.

4 Nov 2010, Khamis
Tidak ke sekolah (yang tak sakit pun tak ke sekolah). Tangan masih berbalut dan masih bengkak. Sekali sekala menangis/merengek kesakitan.

5 Nov 2010, Jumaat
10.00 pagi ~ Balik Kuantan. Cuti panjang sempena Deepavali. Sarah semakin ok. Kurang rengekkan dan keaktifannya telah kembali semula. Separuh OKU.

8 Nov 2010, Isnin
10.30 pagi ~ Rawatan susulan Sarah di Kuantan Medical Centre. X-ray dilakukan semula untuk melihat progress tangan Sarah. (dalam pemikiran, mungkin balutan dibuka terus atau kena simen coz keadaan Sarah yang memberangsangkan.) Tangan masih berbalut tapi tidak lagi tergantung. Dia kata dah tak sakit. Aiiihh anak aku.!
1.00 ptg ~ baru dapat keputusan X ray. Tgk jugak, nampak cam Ok..Break time. Arrghh..kena datang balik semula ptgnya.
3.00 ptg ~ Setelah di pujuk2 ( Sarah nak main2 ngan kazen2 dia, tak kose nak mai spital lagi) kitaorg kembali semula ke hospital. Terus dapat jumpa doktor. Hasil penglihatan doc yang lebih arif dia kata, tangan Sarah bukan retak tapi PATAH! Serius jugak dia kata...Perlu di operate bagi membetulkan kedudukan tulang dan perlu di sokong dengan 2 batang besi. APA????????? Doktor memberikan penerangan jelas, setelah berpuashati terpaksa menurunkan tandatangan bagi memberi keizinan untuk Sarah dioperate. ADUH!

Mengapa di Hospital Dungun, doktor kat sana kata retak je??? hmmmmm...
Ada 2 kemungkinan di sini:
1. Pegawai perubatan di sana, salah tengok, atau kurang pakar @
2. Tulang Sarah memang retak sahaja tetapi kerana keaktifannya, dan kurang berjaga-jaga , keretakannya menjadi semakin serius.
Aku rasa no 2. Takan doktor salah tengok..



Bertemu kembali..... 6 Dis 2010

Maaf la, dah sekian lama baru nak sambung cite pasal Sarah. Sibuk sikit semenjak anak-anak dah start tidak bersekolah ni. Dah takde dah, masa 1-2 jam untuk masa sendiri...uhuhuk!

9 Nov 2010 , Selasa
~ Sarah perlu berpuasa 6 jam sebelum pembedahan. Mengikut perancangan doktor, pembedahan dilakukan pada pukul 10 pagi. Jadi dari pukul 4 pagi Sarah dah start berpuasa.
8.30 pagi ~ Bertolak ke hospital. Ayah halfday hari ini. Dia yang akan menunggu Sarah ketika pembedahan dilakukan, manakala aku, kena jaga 2 org kanak-kanak yang sihat dan aktif..uh!
10.00 pagi ~ aku hantar juga Sarah sebelum masuk bilik operation. Dia nampak takut2 tapi masih mampu mengawal diri. Cool`..
Aku dan anak2 yang lain menunggu di bilik. Oh kalo tidak, mereka bikin kacau kat luar bilik bedah tu.
12.00 tghari ~ Sarah didukung oleh ayahnya masuk ke bilik. Menangis, meraung..kesakitan. Sarah dah sedar.

Kesian aku tgk dia. Macam sakit sesungguh-sungguhnya. Dalam hati * takan tak beri painkiller*.. Rasa nak menitik air mata tgk Sarah dalam keadaan begitu. Dah la tu..service hospital cam hampeh sungguh. Bantal kat bilik tu, dah diambilnya masa bawa turun Sarah ke bilik bedah.. bila Sarah dah sampai bilik nak dibaringkan, nak dapatkan semula bantal tu pun ambik masa. Itu belum cerita cadar putih bertanda, bilik buruk * duduk hospital kerajaan pun rasanya lebih selesa*. Menderita aku tgk Sarah ngan aku2 sekali rasa menderita, coz kena layan sakit mata, rimas duk dalam bilik tu.
Selepas beberapa minit (ada la dalam 15-20 min, menagis dan meraung) ditenangkan, Sarah terlena semula. Mungkin kerana ubat penahan sakit.
Sarah perlu tinggal dihospital utk semalaman. Memandangkan keadaannya masih sedikit lemah. Lepas pembedahan, ayah perlu balik Paka, sebab ada prensentation kat opis. So nak tak nak aku perlu lah menjaga seorg anak sakit, dan 2 org anak yg sihat dan aktif sendirian. Berbaloi sungguh duduk hospital. Nak ditinggalkan mereka ngan neneknya, derang tak nak..so terpaksalah.


10 Nov 2010, Rabu
~ Sarah discharge hari ini. YahOOOoOO..!!
12.30 tghari ~ Mak Ngah dan nenek Sarah datang jemput, memandangkan ayah bekerja.
Oh terasa lega yang amat sekali...
Appointment yang seteresnya 1 Dis 2010 nanti.

So bermula hari2 yang seterusnya dengan keadaan tangan Sarah yang berbalut yang di dalamnya ada besi. Oh dalam keadaaan2 macam tu, Sarah masih mampu bermain seperti biasa malah boleh juga menulis cuma dalam keadaan tertentu shj dia perlukan bantuan *makan, mandi, pakai baju*

1 Disember 2010
~ Ya appointment Sarah dengan doktor. Kami mmg bercadang ke hospital petang. Sampai di hospital takle petang, tgh ari.
12.30 tgh ~ ke hospital beramai-ramai *semua angkut pergi*. Sampai di hospital, admin yang jaga kat depan tu kata, DOKTOR SAMPAI PUKUL 12 je.... HAAAAAAAAAAAA ????

Kan dah buat appointment. Dalam kad appointment pun tak kata perlu datang pukul berapa. Mengapa doc suka2 je tutup klinik dan pergi ntah ke mana....
Kami mmg perlu blacklist la hospital ni *KUANTAN MEDICAL CENTRE*. Dah lah service cam hampeh* lembab, kurang mesra pelanggan, selalu buat patient terpinga2, bilik buruk, menyarungkan cadar putih yg hitam bertompok2...argghhh!! tapi tu la, kenkadang terpaksa akur * bersalin Haziq dan Hafiy kat hospital ni * coz doktor bersalinnya perempuan dan sangat lembut dan baik orangnya...
tapi dah jadi macam ni, aarrghhh tak bley tahan lagi....kena cari hospital lain nampaknya..

macam panjang lagi ceritanya...nanti sambung ye....

bersambung....

Zuraini bt Zainal

0 comments: