Saturday, October 30, 2010

Petua Supaya Anak Menjadi BIJAK

Duk ralit, mengadap FB ada satu artikel yg dikongsi oleh rakanku amat menarik perhatian. Petua supaya anak menjadi Bijak artikel yg simple dan boleh dicuba untuk dipraktikkan.
Sebagai rujukan nanti, kenalah ditepekkan di sini.


Petua Supaya Anak Menjadi Bijak.
---------------------------------------


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.



Zuraini bt Zainal

Thursday, October 28, 2010

Fasa Bercerai Susu

BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.

Dalam kes aku , Hafiy tidak lagi menyusu badan. Nak kata beralih ke susu fomula pun belum jugak. Dia cuma minum air ribena melalui botol. Oh !Sungguh sedih sekali melalui fasa ini. Anak yang dulu disusukan kini terpaksa dipisahkan kerana masanya telah tiba..sob..sob..

Hari ini telah masuk hari ke 3 Hafiy tidak lagi menyusu badan di siang hari. Hanya diberikan bila dia nak tidur sahaja. Pada asalnya aku belum lagi bercadang-cadang untuk melalui proses 'penceraian' ini, tetapi tak sangka pula berjaya tanpa sebarang masalah-masalah kronik. Puncanya hari itu, Hafiy asyik minta susu aje berulang-ulang kali seperti tidak puas. Dan aku rasa susu pun dah makin berkurangan. Tetiba dapat idea... Ya, masanya telah tiba... jeng-jeng-jeng...

Hafiy genap 2 tahun esok dan rasanya ini adalah masa yang sesuai untuk bercerai susu. Memang selama ini, Hafiy bergantung sepenuhnya kepada susu badan tanpa dibantu mana-mana susu fomula. Alhamdulillah. Hasrat aku berjaya. Kira , Hafiy antara anak aku yg paling lama mendapatkan khasiat sepenuhnya dari susu badan sehingga ke umur 2 tahunnya.

Apakah kaedah yang aku guna?
Cuma mencalitkan nescafe shj. Rupa dan baunya yg kuat telah menjayakan misi ku. Alhamdulillah. Tiada masalah emosi yang ketara. Cuma sekali sekala Hafiy minta ditunjukkan 'botol susu' lamanya untuk disentuh2 bagi melepaskan rindu...ekekek...kesian....
Malam pertama masa tidur, aku tidak bercadang pun 'tak nak beri'...tapi dia sendiri yg tak nak. Kesian sangat tengok dia....resah gelisah. Pusing sana pusing sini, nak menghilangkan resah dengan keadaan mengantuk. Akhirnya, aku peluk dia...tepuk2 sambil mendodoikan dengan suara merduku* phewweet , baca surah2 biasa yang aku baca sebelum tidur. Kesudahannya, Hafiy berjaya ditidurkan dan aku pulak meleleh air mata..Oh sedih sangat...Saat-saat manis kami akan mula berlalu...*Masa dalam keadaan tidak sedar, aku berikan juga susu.* Besar dah Hafiy. Kejap betul masa berlalu.

Sekarang misi mencari susu yang hendak digantikan. Buat masa ini, Hafiy cuma nak minum Ribena je dalam botol. Itu pun tak banyak. Minum main2 je. Aduh, kesian juga. Susah hati gak kalau tak nak minum susu terus. Hopefully, ada lah susu yang serasi dengannya, insyaallah. Ibu cari ye Hafiy.

Esok Hafiy 2 tahun. Esok je la ibu wish. Esok juga jiran tetangga kat area rumah aku ni buat makan-makan bagi meraikan 3 jiran kami yg terpaksa berpindah kerana tuntutan kerja. So join sekali buat birthday party untuk Hafiy yang kebetulan jatuh pada hari yang sama. *Buat dengan Haziq sekali sebab hari tu cuma buat majlis tertutup sahaja untuk birthday dia. Hopefully meriah lah majlis esok walaupun kecil2an shj.

Sumber bacaan :
~ susuibu.com
~ http://mysuperkids.net/petua-cerai-susu-badan/
~ http://sumijelly.com/2010/07/21/panduan-bercerai-susu/


Wajah sugul Hafiy


Zuraini bt Zainal

Wednesday, October 20, 2010

Donut *Simple*

Semalam, sudah masuk kali ke 3 aku buat donut. Dulu selalu ingat buat donut susah. Takut tak sedap la, keras la, leceh la, sedangkan aku sekali pun tidak pernah mencubanya. Mana nak tahu senang ke, susah ke, ye dak? Dah cuba baru tahuuu...
Ya kali ini aku jumpa resepi donut yang simple untuk dicuba. yeah!!!

Memang simple. Kalian mesti cuba.

Ok resepinya HARUSSS ditepek di sini untuk dikongsi bersama.
* aku dah hafal dah resepinya..hebat!*

Bahan A

Tepung roti / High Protein - 3 cawan
Gula kastor - 3 sudu besar
Susu tepung - 3 sudu besar
Shortening/Margerin - 3 sudu besar

Bahan B

Yis - 2 sudu teh
Air suam - 200 ml
Air suam tambahan - 20ml

- Campurkan air suam (200ml) dengan yis
- BAHAN A, gaul rata.
- Masukkan air suam + yis ke dalam BAHAN A tadi.
- Uli rata sehingga tepung tidak melekat lagi di tangan.
- Campurkan lagi air suam tambahan itu (jika perlu)
- Biarkan adunan selama 30 minit.
- Bentukan / Terap adunan menjadi bentuk donut.
- Biarkan 10 minit, baru goreng di dalam minyak yg sederhana panas
- Golek2kan atas gula. Option lain : letak coklat masak + coklat rice ke, letak inti strawberry , letak better cream kaler2 ke...ikut suka dan selera ye.

Gambar yang sempat disnap!

Photobucket
Setelah diadun dan dibentuk menjadi donut


Photobucket
Saat ketika donut digoreng


Photobucket
Masa untuk di 'ngap' telah tiba. Makan ketika panas2 ye.

Selamat mencuba!


Zuraini bt Zainal

MALAS. Apakah punca & cara mengatasinya.

Topik semalam, belum habis lagi.
Rasanya hari ini seperti mahu memuhasabahkan diri. (wah!!)

Penyakit yang sudah lama dihidapi. MALAS! uh!

Apakah puncanya? (dari sudut pandangan diri sendiri ya!)
---------------------------------------------------------------
- motivasi diri berkurangan
- tiada perancangan dibuat (daily/monthly/yearly)
- tiada target
- sentiasa rasa "in comfort zone"..ekekeke
- perancangan masa..gagal!

Cara mengatasinya (melalui pembacaan dan pemahaman sendiri)
-------------------------------------------------------------------------
- kena sentiasa mencari dan mendapatkan motivasi diri. (melalui pembacaan).
* kena ada idola untuk dicontohi
- kena ada perancangan dibuat setiap hari. (pagi nak buat aapa, tengahari nak buat apa, petang dan seterusnya)
- kena ada target ( setiap pagi setkan target utk hari tersebut.**contoh : lipat kain 5 bakul. kerja berat tuuu**..kalau berjaya melepasi target, reward siri sendiri ( beli ais krem ke ...kan!)
- cuba keluar dari comfort zone...jangan rasa selesa sangat dengan keadaan kita. cuba cabar diri kita, buat lebih dari biasa.
- perancangan masa perlu ada. jika tidak haru biru dibuatnya. kena ada time table. baru lah perancangan kita itu teratur, mood pun tak terganggu ekoran dari keadaan yg haru biru itu..*mood bila dah takde, tu yg nak update blog pun jadi MALAS!*

Ya! itulah puncanya....
Aku harap, apa yang tercatit ini akan menjadi peringatan ketika penyakit MALAS ku melanda...huhuuhuh...Akan ku usahakan untuk menjadikan hari ini adalah yg lebih baik dari hari semalam. AMIN.


Zuraini bt Zainal

Tuesday, October 19, 2010

Ke mana menghilang?

Ke mana menghilang??
Tidak ke mana sebenarnya, cuma semenjak Hari Raya tempohari sehinggalah ke hari ini tiada kesempatan nak menjenguk dan mengupdate blog ni. Alasannya sibuk? Tidak juga. Tiada idea? Tidak juga. Takde mood? mmm..tidak jugak. Dah bosan? Tidak jugak. Hihihi..Seperti tiada alasan....
Ok lah boleh kata...MUNGKIN penyakit MALAS tetiba melanda..
Setelah sekian lama bercuti...nak memulakannya semula., oh tetiba rasa 'tak kose'



Bagaimana untuk menangani penyakit malas ni? - **nanti kita kupas yer...nak buat donut jap ..ekekek**

Zuraini bt Zainal