Monday, January 31, 2011

Simple Chocolate Cips Cookies


Yey! Berjaya juga aku melangsaikan niat ku petang tadi. Membuat cookies bersama pembantu-pembantu 'peribody'. Sampai terlajak sedikit waktu tidur bebudak ni. Minta-minta tiadalah sesi liat atau tangisan menusuk kalbu berlaku esok. Lambat sikit je..ekeke...leka!

Sarah dan Haziq nak bawa bekal cookies mereka ke sekolah esok. Hampir 60% hasil tangan mereka. Kasi chance la...itupun ibu sempat juga naik volum suara. Berebut nak pegang mixer. Nasib baik keadaan masih boleh di kawal. Fuh!

Mereka sempat la, menepek cookies di loyang sebelum kerahan masuk tidur. Dapat lah 2 loyang. Selebihnya aku sambung lepas semua dah lena.

Habiskan adunan yang lebih tadi, gosok baju sekolah dan baju kerja cik abe, tup2 dah cecah kol 1 pagi. Dah alang-alang lewat tidur ni, update la blog sekejap, sementara angin ghajin masih berbaki.

Ni nak tepek resepi dan gambo yang sempat di snap semasa sesi 'terapi' tadi. *sempat lagi edit2 gambar*. Resepi simple je. Ceduk kat firzarecipe. Terima kasih. Walaupun simple je bahan-bahannya, tapi rasanya masih sedap. Boleh lah dibuat kunyah esok hari. Hihihihi...


Bahan-bahan
  • 1 cawan mentega, lembutkan
  • 1 cawan gula putih *kami kurangkan*
  • 1 cawan gula perang *kami kurangkan*
  • 3 cawan tepung serbaguna *kami guna tepung gandum*
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking soda
  • 2 sudu teh air panas
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan coklat cip
  • 1 cawan kekacang *sesuka hati nak guna kacang apa*
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175 darjah C
  • Pukul mentega + gula putih + gula perang sehingga lembut/kembang.
  • Masukkan telur. Pukul satu persatu.
  • Masukkan Vanila esen
  • Larutkan baking soda bersama air panas. Campurkan bersama garam.
  • Masukkan tepung, coklat cip dan kekacang.
  • Sudukan kecil, letakkan diatas loyang yang telah digriskan.
  • Bakar selama 10 minit/ sehingga keperangan.

Selesai.

Selamat mencuba!


Zuraini bt Zainal

1 comments:

Syahida said...

ala2 chipsmore la...nak buat jugak la...thanx for sharing ani! :D