Saturday, January 22, 2011

Smart Parents: Displin dan Anak Anda

Keluarga

Bagaimana menjadi ibubapa yang bijak? Oh kurang arif untuk menjawabnya. Menjadi ibubapa sahaja telah cukup untuk aku merasakan ia SUKAR apatah lagi untuk menjadi ibubapa yang bijak. Tetapi sebagai ibu, aku harus juga sedaya upaya berusaha untuk menjadi ibu yang bijak. Bijak dalam menguruskan anak-anak, bijak mendidik, bijak berinteraksi, bijak mendisplinkan anak-anak dan banyak lagi yang aku harus bijak. Matlamat hanya satu , untuk melihat anak-anak aku berjaya dalam hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.

Hari ini aku telah melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan ebook (Butterfly in the Window & Other Inspiring Articles: Compilation of Over 50 NST Articles) dan dapat BONUS ebook (Empowerment thru Education - articles from Ohio State University) dari Zaid Mohammad. Setakat ini apa sahaja yang dikeluarkan oleh saudara Zaid ini sedaya upaya diusahakan untuk mendapatkannya. Penulisannya banyak memberi idea, kaedah, strategi yang bijak dan praktikal dalam mendidik anak-anak. Aku ni memang jauh ketinggalan untuk menjadi ibu yang hebat. Maka kenalah belajar dari pengalaman-pengalaman ibubapa hebat yang telah terbukti berkesan.

Boleh dapatkan buku-buku terbitannya di sini (tak ambik komisyen yeew..ekekek)

Hari ini aku ingin berkongsi artikel yang diperolehi melalui pembelian ebook en Zaid. Belum banyak lagi yang dibaca. Baru selak-selak je. Artikel dari bonus pack, ebook ini. Ringkas sahaja artikelnya.

(artikel telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia)

Anak Anda dan Displin
--------------------------------

Alangkah indahnya jika anak-anak kita berkelakuan baik dan kita tidak perlu risau tentang displinnya? Realitinya, kita sedar displin itu merupakan sesuatu yang perlu yang mana kadang-kala tidak disenangi oleh kita tetapi ia merupakan sebahagian daripada tugas kita sebagai ibubapa. Apabila kita mengajar anak-anak kita berdisplin, maka kita mengajar mereka cara yang betul untuk berkelakuan baik. Ia merupakan bahagian yang penting di dalam perkembangan anak-anak.

Anak-anak perlukan displin
Anak-anak perlukan disiplin untuk melindungi mereka dari bahaya, untuk mengajar mereka bagaimana bergaul dengan orang lain, untuk mengajar mereka berkelakuan baik yang dapat diterima, mengajar mereka hidup di dalam masyarakat yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang diterima dan diikuti. Disiplin juga membantu anak-anak belajar untuk berfikir secara bijak dan memahami kesan daripada tindakan mereka. Yang paling penting, disiplin yang positif dapat membantu anak-anak kita mengendalikan diri mereka bagi membina harga diri yang sihat.

Ibubapa dan Disiplin Sekolah
Displin yang dilatih di rumah adalah dasar bagi perilaku anak-anak di sekolah. Mengetahui dasar sekolah anak anda. Jika guru sekolah melaporkan masalah disiplin, bercakap dengan guru dan anak anda dan bekerjasama mencari penyelesaian.

Tips Displin untuk Ibubapa
  • Menekankan "do" daripada "don'ts"
  • Meletakkan batas kepada tingkahlaku anak-anak tetapi berhati-hati agar tidak meletakkan banyak peraturan
  • Konsisten. Persekitaran yang telah dibiasakan membantu anak merasa selamat kerana mereka tahu apa yang telah dijangka.
  • Memberi pujian/hadiah diatas kejayaan anak anda.
  • Dorong anak-anak anda berdikari. Beri peluang kepada mereka membuat keputusan mereka sendiri dan keputusan keluarga sekiranya diperlukan.
  • Memberikan contoh yang baik. Anak-anak belajar melalui apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh ibubapa mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perilaku dan displin anak-anak, layari website Parenting 24/7 .

Sekadar berkongsi....



Zuraini bt Zainal

0 comments: