Friday, January 21, 2011

Blueberry Cheese Cake..yummy!

Yey! Kali kedua percubaan baru berjaya. Search kat Internet, memacam cara derang ni buat cheese cake. Bahan-bahan pun lain-lain. So setelah dibuat sedikit pemerhatian dan penyelidikan **cheewah !!** maka resepi yg di bawah ini menjadi pilihan hati. Bahan-bahan semua ada maka bermulalah operasi... Sambil berdoa...mintak-mintak jadilah hendaknya. Sudah lama berhajat nak makan cheese cake buatan hasil tangan sendiri. AMIN.

Resepi di cedok di sini (port biasa)
sebab: bahan-bahan semua ada, lihat pada hasilnya, menarik, testimoni banyak, semua kata menjadi dan keknya sedap.


Bahan-bahan ( 23cm )

  • BASE:
  • 110g Butter - cairkan
  • 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
  • 50g Almond flakes - toast
  • FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon - grate kulit & perah jus
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream
  • 4 biji Telur - pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling
  • TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
  2. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.
  5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  6. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

Gambar-gambar lain :

Kek selepas di masak menggunakan teknik "water bath"

Setelah kek disejukkan seketika, bolehlah diletakkan topping pilihan (blueberry)

Oppss..Oh! Ini pembantu tidak berbayar berposing. (sukarelawan seksi!)

Tengoklah camna dia pegang mixer tu..haaaih!

Selamat mencuba!

Zuraini bt Zainal

3 comments:

Syahida said...

pergh! rupa 10 markah..rasanya amacam, sodap tak? :)

LENDANUAR said...

best2.aku suka ..nanti aku try ye...

Zuraini bt Zainal said...

syahida: rupa 5 markah jew...coz kita takde bekas tin hat bley bukak tepi tu...so nak potong cantik x dpt...rasa dia best!
lenda: ko dah master... :)