Sunday, August 22, 2010

Puding Roti

Salam.
Hari ini baru sempat nak menjengah blog dan update apa yang patut. (shhh...Hafiy tidoOoOo)
Lagi resepi yang telah dicuba untuk dikongsi bersama. Dah lama membuatnya baru hari ini dapat dikongsi.
Kepada yang berminat dengan puding roti ni, boleh cuba ya. Saya? Sedikit kurang. Tak tahu mengapa. Bukan kerana resepinya, tapi puding roti itu sendiri..ekekeke..apa laaa... Makan juga. Tapi mungkin boleh kata, bukan FAVORITE je...theeee!

Resepi Puding Roti - sumber cedok di sini
Untuk memudahkan kita tepek sini resepinya ya....


Puding Roti Sos Kastard
--------------------------------



Hasil dari percubaan pertama ini..

Bahan-bahan:

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara:

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Selamat mencuba.
Salam Ramadhan.

Zuraini bt Zainal

1 comments:

Syahida said...

saya suka puding roti.gambar tu sangat menggiurkan..hehe