Sarah jatuh basikal. Adeh!
Jatuh basikal dah biasa, tapi kali ini agak luar biasa. Mengapa?
Biasa jatuh basikal, luka lutut ke, luka siku ke..kali ni kalau dilihat pada luarannya takde luka pun, tapiiiii siku Sarah bengkak.. Serius nih! Dalam otak fikir ~ boleh jadi, terseliuh, retak atau patah.
Untuk memudahkan perjalanan cerita yang panjang. Kita buat dalam kronologi kejadian lah.. Hahahaha..cam kes berat je ek.
Kronologi Kemalangan
3 Nov 2010, Rabu
5.30 ptg ~ Sarah bermain basikal keliling taman bersama seorang anak jiran. Pulang dalam keadaan menangis kesakitan. Setelah diperiksa, tiada luka serius, tetapi tangan sebelah kanan, sakit apabila disentuh.
6.30 ptg ~ Berangkut semua ke klinik. Jumpa ayahnya di sana. Nasib kami baik, doc favorite kami on duty hari tu. Dia mencadangkan kami membuat X-ray kerana dikhuatiri, tulang siku retak/patah kerana bengkak pada siku telah kelihatan.
8.00 mlm ~ Di Hospital Dungun. Masuk ke unit kecemasan, lega tidak ramai pesakit ketika itu. Urusan semua berjalan lancar dan cepat. Dari keputusan X-ray, tulang pada bahagian siku Sarah retak dan memerlukan rawatan susulan. Sarah perlu disimen setelah surut bengkak. Temujanji seterusnya adalah pada 8hb.
9.00 mlm ~ Urusan selesai. Sebelum pulang, singgah Pizza Hut for take away dinner (utk mengubat hati yang lara)
9.45 mlm ~ Sampai rumah, semua dah tido dalam kereta. Jadi siapa yg perabihkan Pizza??? Semalaman Sarah tidur tak lena. Sekali sekala merengek. Sakit la tu. Kesian.
4 Nov 2010, Khamis
Tidak ke sekolah (yang tak sakit pun tak ke sekolah). Tangan masih berbalut dan masih bengkak. Sekali sekala menangis/merengek kesakitan.
5 Nov 2010, Jumaat
10.00 pagi ~ Balik Kuantan. Cuti panjang sempena Deepavali. Sarah semakin ok. Kurang rengekkan dan keaktifannya telah kembali semula. Separuh OKU.
8 Nov 2010, Isnin
10.30 pagi ~ Rawatan susulan Sarah di Kuantan Medical Centre. X-ray dilakukan semula untuk melihat progress tangan Sarah. (dalam pemikiran, mungkin balutan dibuka terus atau kena simen coz keadaan Sarah yang memberangsangkan.) Tangan masih berbalut tapi tidak lagi tergantung. Dia kata dah tak sakit. Aiiihh anak aku.!
1.00 ptg ~ baru dapat keputusan X ray. Tgk jugak, nampak cam Ok..Break time. Arrghh..kena datang balik semula ptgnya.
3.00 ptg ~ Setelah di pujuk2 ( Sarah nak main2 ngan kazen2 dia, tak kose nak mai spital lagi) kitaorg kembali semula ke hospital. Terus dapat jumpa doktor. Hasil penglihatan doc yang lebih arif dia kata, tangan Sarah bukan retak tapi PATAH! Serius jugak dia kata...Perlu di operate bagi membetulkan kedudukan tulang dan perlu di sokong dengan 2 batang besi. APA????????? Doktor memberikan penerangan jelas, setelah berpuashati terpaksa menurunkan tandatangan bagi memberi keizinan untuk Sarah dioperate. ADUH!
Mengapa di Hospital Dungun, doktor kat sana kata retak je??? hmmmmm...
Ada 2 kemungkinan di sini:
1. Pegawai perubatan di sana, salah tengok, atau kurang pakar @
2. Tulang Sarah memang retak sahaja tetapi kerana keaktifannya, dan kurang berjaga-jaga , keretakannya menjadi semakin serius.
Aku rasa no 2. Takan doktor salah tengok..
Bertemu kembali..... 6 Dis 2010
Maaf la, dah sekian lama baru nak sambung cite pasal Sarah. Sibuk sikit semenjak anak-anak dah start tidak bersekolah ni. Dah takde dah, masa 1-2 jam untuk masa sendiri...uhuhuk!
9 Nov 2010 , Selasa
~ Sarah perlu berpuasa 6 jam sebelum pembedahan. Mengikut perancangan doktor, pembedahan dilakukan pada pukul 10 pagi. Jadi dari pukul 4 pagi Sarah dah start berpuasa.
8.30 pagi ~ Bertolak ke hospital. Ayah halfday hari ini. Dia yang akan menunggu Sarah ketika pembedahan dilakukan, manakala aku, kena jaga 2 org kanak-kanak yang sihat dan aktif..uh!
10.00 pagi ~ aku hantar juga Sarah sebelum masuk bilik operation. Dia nampak takut2 tapi masih mampu mengawal diri. Cool`..
Aku dan anak2 yang lain menunggu di bilik. Oh kalo tidak, mereka bikin kacau kat luar bilik bedah tu.
12.00 tghari ~ Sarah didukung oleh ayahnya masuk ke bilik. Menangis, meraung..kesakitan. Sarah dah sedar.
Kesian aku tgk dia. Macam sakit sesungguh-sungguhnya. Dalam hati * takan tak beri painkiller*.. Rasa nak menitik air mata tgk Sarah dalam keadaan begitu. Dah la tu..service hospital cam hampeh sungguh. Bantal kat bilik tu, dah diambilnya masa bawa turun Sarah ke bilik bedah.. bila Sarah dah sampai bilik nak dibaringkan, nak dapatkan semula bantal tu pun ambik masa. Itu belum cerita cadar putih bertanda, bilik buruk * duduk hospital kerajaan pun rasanya lebih selesa*. Menderita aku tgk Sarah ngan aku2 sekali rasa menderita, coz kena layan sakit mata, rimas duk dalam bilik tu.
Selepas beberapa minit (ada la dalam 15-20 min, menagis dan meraung) ditenangkan, Sarah terlena semula. Mungkin kerana ubat penahan sakit.
Sarah perlu tinggal dihospital utk semalaman. Memandangkan keadaannya masih sedikit lemah. Lepas pembedahan, ayah perlu balik Paka, sebab ada prensentation kat opis. So nak tak nak aku perlu lah menjaga seorg anak sakit, dan 2 org anak yg sihat dan aktif sendirian. Berbaloi sungguh duduk hospital. Nak ditinggalkan mereka ngan neneknya, derang tak nak..so terpaksalah.
10 Nov 2010, Rabu
~ Sarah discharge hari ini. YahOOOoOO..!!
12.30 tghari ~ Mak Ngah dan nenek Sarah datang jemput, memandangkan ayah bekerja.
Oh terasa lega yang amat sekali...
Appointment yang seteresnya 1 Dis 2010 nanti.
So bermula hari2 yang seterusnya dengan keadaan tangan Sarah yang berbalut yang di dalamnya ada besi. Oh dalam keadaaan2 macam tu, Sarah masih mampu bermain seperti biasa malah boleh juga menulis cuma dalam keadaan tertentu shj dia perlukan bantuan *makan, mandi, pakai baju*
1 Disember 2010
~ Ya appointment Sarah dengan doktor. Kami mmg bercadang ke hospital petang. Sampai di hospital takle petang, tgh ari.
12.30 tgh ~ ke hospital beramai-ramai *semua angkut pergi*. Sampai di hospital, admin yang jaga kat depan tu kata, DOKTOR SAMPAI PUKUL 12 je.... HAAAAAAAAAAAA ????
Kan dah buat appointment. Dalam kad appointment pun tak kata perlu datang pukul berapa. Mengapa doc suka2 je tutup klinik dan pergi ntah ke mana....
Kami mmg perlu blacklist la hospital ni *KUANTAN MEDICAL CENTRE*. Dah lah service cam hampeh* lembab, kurang mesra pelanggan, selalu buat patient terpinga2, bilik buruk, menyarungkan cadar putih yg hitam bertompok2...argghhh!! tapi tu la, kenkadang terpaksa akur * bersalin Haziq dan Hafiy kat hospital ni * coz doktor bersalinnya perempuan dan sangat lembut dan baik orangnya...
tapi dah jadi macam ni, aarrghhh tak bley tahan lagi....kena cari hospital lain nampaknya..
macam panjang lagi ceritanya...nanti sambung ye....
bersambung....
Zuraini bt Zainal
Sunday, November 14, 2010
Wednesday, November 3, 2010
Semalam Aktiviti Bersama Hafiy lagi...
Biarpun semalam ayahnya Hafiy cuti (plan asal nak ke KL cancel, so duk umah je laa), hari dilalui seperti biasa. Hafiy dengan aktiviti dia, ibu dengan aktiviti kemas sana kemas sini (yg tak berkesudahan). Ayah? Tumbang separuh hari coz makan ubat *zetec* (utk resdungnya) yang menyebabkan si pengambil merasa mengantuk yg amat sangat. So ok takpe...:)
Setelah kerja-kerja ibu beres...utk waktu dan ketika itu (byk lagi keje lain)..waktu mengadap Hafiy 10-15 minit...Apa yg Hafiy buat semalam? Hmmm...ibu telah keluarkan semula puzzle2 kayu yang tersimpan. Kenapa simpan? Oh, jika tidak, akan hilanglah sebijik demi sebijik ketulan puzzle itu. So bila nak main baru keluarkan...setelah selesai, ibu kena simpan ditempat yg ibu rasa selamat semula.
Ada 3 papan puzzle. Numbers, animals & ABC...dalam jaga-jaga tu huruf H dan hilang..sedih. Itu lah aktiviti Hafiy untuk masa 10-15 minit. Dia belum kenal sangat..nak letak kat papan tu pun masih tersangkut2. Dulu abg dan kakak yang main, skrg giliran Hafiy pulak. Baru start belajar-belajar. So far so good. Boleh leka juga dia bermain. Sambil-sambil kita perkenalkan dia dengan huruf2 dan nombor2 serta haiwan yg terdapat di papan puzzle tu. Bantuan masih diperlukan untuk memasukkan puzzle tu di tempatnya. Baru 2 tahun ye Hafiy....
Ok la..jom layan gambar-gambar yang dijadikan kenang2an ni.
Zuraini bt Zainal
Best ways to avoid spoiling your kids
Artikel yg dibaca hari ini.
Best ways to avoid spoiling your kids
------------------------------------------------
Love knows no limits, right? Wrong! If you want to raise well-mannered children, you'll need to establish some ground rules. Nip bad behaviors in the bud with these seven steps:
1. Set clear, simple limits
Think of it this way: If you leave no room for reinterpretation, you save yourself arguing later. Listen to the difference between "Oh okay, you can have a cookie..." (plenty of room for hope that a second one might be okay) and "You can have one cookie, but don't ask me for a second one. This is it."
2. Stick to those limits no matter what
One really means one. It's happened to all of us: We say no to more than one cookie, and then we start second-guessing ourselves. The trick here is to take a long-term view. Maybe a second cookie really would be okay just this once, but do you really want to be second-guessed every time you set a limit? That will happen if you change your story.
3. Never give in to begging
This one's simple — once you do, you've taught your child that begging works, right?
4. Make your child convince you
If she wants something you're not sure about, ask her to make a case for it. She wants to watch a favorite TV show? If she explains that all her homework is done and she's practiced piano, you can feel comfortable saying yes.
5. Require that chores get done before fun
You don't do your child any favors by being a softy. Studies show that being strict on chores and responsibilities helps him develop the ability to cope with frustration.
6. Don't be afraid to disappoint
We hate to see our kids sad, but the Stones said it best: You can't always get what you want. And studies show that learning to accept disappointment will give your child important coping skills to deal with emotional stress later in life.
7. Let them work for what they want
Many experts believe that kids become spoiled when things come too easily, encouraging them to take those things for granted. If your child wants a new bike, set up a reward system for good behavior and let him earn it bit by bit.
sumber : Baby Center

Tuesday, November 2, 2010
Ketulusan Hati-Anuar Zain (Astro Oasis)
Anuar Zain - Ketulusan Hati
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU biarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaiMU tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU benarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU dengarkan kasihku
oooo
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu
Selalu dengar lagu ni...(peminat Anuar Zain nyaris2 tegar la katakan..ekekeke). Bila tengok video klip ni kat channel Oasis...sayuuuu pulak. Sob..sob..sob..sebak.
Tak sangka pulak lagu ni bila dihayati liriknya, penuh makna yang menyentuh jiwa. Ingat lagu-lagu cintan cintun Bang Nuar hok biasa-biasa tuu..hihihi
Best! Gambar-gambar org pergi Mekah. Alangkah bertuahnya kalau dapat pergi apatah lagi dapat pergi masa muda-muda ni. Hopefully la kan, satu hari nanti aku berpeluang/sempat (jika panjang umur, murah rezeki) menjadi jemputan ALLAH ke sana. Amin.
Zuraini bt Zainal
Balasan Melewatkan Waktu Solat.
Sekali lagi sumber diperolehi melalui share kengkawan menerusi Facebook.
Uh! Terkesan di hati, maka di kongsikan di sini. Perkara yg seringkali aku lakukan, melewat-lewatkan sembahyang kerana sibuk dengan urusan dunia. Kerapkali diingatkan di hati tapi terbabas juga sudahnya.
Sebagai peringatan untuk diri sendiri, maka haruslah ia di copy paste artikelnya di sini.
Selamat beramal.
Balasa Melewatkan Waktu Solat.
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …
Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu.
Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Monday, November 1, 2010
5 minit bersama HAFIY
Aktiviti bersama Hafiy..tak lama 5 minit jer. Itupun dah cukup memuaskan hati. Biasanya pagi-pagi Hafiy rajin bawa buku minta ibu bacakan untuknya. Tetapi tak sampai 1 mukasurat dibaca, sudah disuruh buka buku yang lain pula..Haiiiih....sabar melayan Hafiy.
Hari ini, aku tukar sikit aktivitinya. Kita baca 'Flash Card'. Sudah lama flash card (kakaknya) tidak digunakan. Tersimpan di store sebab tidak mahu disepah-sepahkan dan dirosak-rosakkan. Sayang la pula. Sekali beli kena guna sampai adik-adik yang terakhir..ekekekek...(sapalah yang terakhir tuuuu ye..)
So far dalam masa 5 minit tu, fokus juga Hafiy dengan flash card tu....boleh jugalah dia menyebutnya walaupun dalam keadaaan pelat-pelat tu. Aku sebut, then aku tanya dia semula..."apa ni?" dan dia mampu mengulang perkataan tersebut. Yang tak tahannya...kalau aku lambat tanya dia....dia pulak yang akan tanya aku " apa ni?" hahahahaha.... nak tak nak kena la jawabkan....
5 minit berlalu, bukan Hafiy je yang dah hilang fokus....rupanya aku pun sama...*sambil ajar anak, sambil tengok TOP CHEF channel 702* arrghhh!!!... Hafiy pun dah start kelepek2 kan kad tu...disoalnya aku ini dan itu...kemudian, disebabkan aku terleka di TV * tidak menjawab soalan* ditepeknya kad tu di muka aku...hahahahhaa....teruk la ibu ni....
Berakhirlah 5 minit bersama Hafiy. Aktiviti terakhir, kita kena kemas balik ye...Kita sambung esok hari pula , insyaallah.
Jom layan gambar-gambar yang sempat disnap pagi tadi.