Tuesday, January 18, 2011

Cuti-cuti Sekolah

Aisey...cerita sudah basi....Cuti sekolah sudah lama berlalu. Dah dekat sebulan Sarah masuk Darjah 1...

Takpe la. Sebenarnya nak berkongsikan video best kitaorg ni. Best ke..??Kalau diingatkan semula masa tu memang best la...Lawan puzzle je. Tapi happening....terjerit2. Ekoran dari itu, video ini terpaksa diedit bagi membuang segala hingar bingar pada ketika itu. * Buruk noo bunyinya..* Maka ditepekkan lagu yg bersesuaian bagi menceriakan suasana video.

Masa nie kitaorang satu family bertandang ke rumah kakak di Penang. Dia baru pindah rumah. Kebetulan cuti Krismas, semua cuti maka berpakat-pakatlah kami menggembur rumah baru dia.

Video nie diambil selepas kami minum pagi. Takde apa nak buat, nak keluar jalan-jalan pusing Penang pun , awal lagi. Maka hat bebudak ni pakat la lawan puzzle...yg tua-tua pun nak join sekali..Ekekeke... Haru-biru rumah tuan rumah seketika. Maaf ye bikin binggit pagi2 raya. Hahahaha..

Semua org enjoy, walaupun bertandangnya tidak lama.
Lain kali kita buat trip lagi...Mana lah tahu ada rezeki boleh terjah rumah baru kami pulak. AMIN.





2 comments:

Syahida said...

main puzzle mmg best sebenarnya :)

Zuraini bt Zainal said...

kan... :)