Hari pertama persekolahan semua berjalan lancar. Seperti yg telah dirancang, Sarah akan ditemani ayah dan Haziq akan ditemani ibu dan Hafiy ke sekolah. Sarah tiada masalah dengan pengalaman dan suasana barunya. Tapi muka serius la... (mmg begitulah keturunannya..mengikut kata makciknye..ekekeke). Haziq, oh ini...memerlukan sedikit kesabaran...Haziq tidak mahu melepaskan ibunya pergi..huhuhu...Ibu kena duduk dalam kelas bersama. Setelah sekian lama tak ke sekolah (semenjak kakak xcident) dan terpaksa pergi ke sekolah tanpa kakak bersama memberi sedikit masalah buat Haziq untuk menyesuaikan diri. Ok ibu teman...
Sambil meneman, sempat la tengok budak-budak lain yg baru pertama kali ke sekolah. Ada yg nampak terlalu berani, langsung tidak takut orang, ada yang menangis meraung-raung, ada yang merengek-rengek dan ada pula yg sudah mula bermain-main dengan kawan-kawan (senior) dan ada juga yang terlalu kecik untuk ke sekolah(saiznya kecik dan umurnya baru 3 tahun). Comel je... Memang cukup riuh-rendah kat dalam sekolah tu. Buat aku tergelak je. Memacam kerenah budak-budak ni, tapi menghiburkan.
Setelah setengah jam menanti, sudah tiba masanya aku cabut lari. Terpaksalah anak aku. Haziq kena biasakan juga dengan situasi itu.
Setelah berjaya meloloskan diri di sekolah Haziq, aku singgah pula ke sekolah Sarah. Hmmm...di sana lebih tenang. Takde masalah. Budak darjah 1 nya pun tak begitu ramai. Dalam 60 org sahaja, 2 kelas. Sikit kan. Kalo kat tempat lain sure berasak-asak. Ini untungnya duduk di Paka ni...ekekekeke...Sekolah elit..hahahhaha....Sek Keb Paka III. Takpelah...yg penting bersekolah. Mana-mana pun sama je. Kita sebagai ibubapa kena tahu mendidik anak-anak ni. Bukan kena harapkan sekolah semata-mata. Kita pun ada tanggungjawab bersama. So far takde masalah sangat hari pertama Sarah ke sekolah. Kawan-kawan dari sek lama pun ada. So takdela rasa terasing sangat.
Berakhir 1 hari pertama ke sekolah. Untuk hari-hari seterusnya..untuk Sarah mmg tiada masalah. Haziq masuk hari ketiga, dia dah ok. Hari kedua masih seperti hari pertama. Tapi yang herannya, balik hari kedua tu dia cukup happy untuk ke sekolah esok harinya. Dan berjanji tidak mahu nangis lagi dan ibu tidak perlu menghantarnya sampai ke dalam kelas. Cukup sekadar diluar pagar. Wah...lega rasanya. Esok dijanjikan hadiah sekiranyaHaziq mengotakan janjinya. Ye Haziq mmg mengotakan janjinya. Dia kewl je masuk hari ketiga. Alhamdulillah. Lega. Haziq sudah boleh membiasakan dirinya dengan rutin barunya. Sebagai meraikan kegembiraan ini...Haziq dapat hadiah dari ibunya...siap bungkus pakai kertas hadiah lagi..Happy Haziq...Hari-hari seterusnya semuanya berjalan dengan sangat lancar. Oh ye...Haziq siap nak masuk teakwando kat sekolahnya. Uiksss....semangat budak nie.. tahun lepas, ibu tanya... dua-dua tak nak join. Kali ni, Haziq sendirian kat sekolah, tetiba plak bersemangat nak join. Hopefully dia betul2 berminat la...jangan separuh jalan. Ibu dah bayar duit yuran ngan baju niii....
Ok la. Jom kita layan gambar-gambar yang ada...Psssttt...sebenarnya Sarah tak beri gambarnya diambil ketika di sekolah. Tidak tahu la mengapa. So mari kita layan gambar curi ni...hahahhahaha.....*low profile anak aku ni...*
Mini projek Haziq kat skool. Buat2 pastu leh makan....
The end!
Zuraini bt Zainal
2 comments:
ani, mati2 ingatkan sarah dah masuk djh 1 last year.rupa2nya dia lahir 2004 eh, beza 3 tahun tu dengan k.dina. kalau sarah 'tonjang', si dina lak 'katik' la jawabnya ..haha
Hahahah...terlebih tinggi...Ramai yg tertipu melihat ketinggiannya..
Rezeki, terlebih kalsium.. :)
Post a Comment