Monday, January 24, 2011

TV oh TV

Masalah dengan TV. Aku yang duduk rumah ni, jarang dapat tengok TV. Rasanya waktu yang sesuai dan yang ada cuma pagi semasa anak-anak ke sekolah dan malam selepas mereka tidur. Hmmm..masih ada peluang. Masalahnya bila tiba waktu-waktu terluang itu ada, aku sibuk mengadap kerja-kerja lain(mengadap pc). Maka boleh dikatakan menonton TV adalah perkara yang jarang aku lakukan di rumah.

Tetapi, oh anak-anak ku suka TV. TV dan ASTRO kat rumah ni, seolah-olah milik mereka. Kuasa channel juga seperti hak mereka. Aduyai..Memang menggeramkan. Tetapi oh tidak. Kuasa masih milik kami. Suka atau tidak waktu menonton harus ditentukan untuk memastikan mereka tidak terlalu obses dengan tv. Biasanya waktu TV adalah selepas balik sekolah sehingga pukul 4 sahaja. Waktu-waktu lain NO TV. Alhamdulillah setakat ini, mereka masih boleh dikawal walaupun sekali sekala terbabas juga (pujuk rayu HAZIQ.."PLEASE IBUUUUUUU..KEJAP JE.." uh!). Sesi menangis juga kadang-kala tidak dapat dielakkan. Sampai waktu tamat tempoh menonton, kad ASTRO akan diambil dan disimpan di tempat lain. Itu yang biasa dilakukan. Coz kalau cakap mulut ni, memang tidak dapat membantu menyelesaikan masalah. Susah juga nak mendisplinkan anak-anak ni. Memang kena banyak bersabar , bersabar dan terus bersabar (kadang-kala hilang juga, ibu memang jadi singa).

Jomla layan video ini untuk mendapatkan tip dari Zaid Mohammad.





Zuraini bt Zainal

2 comments:

Syahida said...

Ani, good sharing...saya ada satu buku oleh Zaid Mohammad. bagus bukunya :)

Zuraini bt Zainal said...

Aa. Saya pun ada beli buku Zaid ni. Latest ebook dia. Memang best kan. Nak dipraktikan tu je yg tinggal..oh!