Tuesday, August 24, 2010

Resepi lagi untuk dikongsi..

Bila tibanya bulan puasa ni, terasa seperti nak makan macam-macam je. Kalau dapat pergi Pasar Ramadhan, alamat kena siap duit je la. Oh, ini nak, itu nak. Boleh kata, banyak sangat yg hendak dibeli. Perut kecik ja! Aduh! Rambang mata dibuatnya.

Untuk mengelakkan dari simptom2 itu, maka adalah lebih baik, try je masak sendiri kat rumah. Ekekek, kalau rajin, kalau ada masa terlebih , why not, sekali sekala test skill. Cari resepi mudah-mudah je. Resepi, kat internet berlambak. Search sahaja lah, Cik Abang Google boleh membantu.

Aku pun biasa buat camtu. Teragak nak makan 'itu' cari kat internet. Teragak nak makan 'ini', search kat internet. Tapi favorite place aku kat MyResepi laaa... mesra alam sikit kot...hahahha..entah lah....kebetulan kalo asyik serach kat Google, sure ada link ke sini.
Tapi sekali sekala kalau buntu, haaaaaaaaaaa....ada sorang kawan aku ni. Biasa kalau dia kerja, dia biasa online. Kawan sekolah lama masa kat Kuantan. Kawan baik, kawan nangis bersama la boleh kata...hahahha...***aku ramai je kawan nangis bersama nih*** Family dia pandai masak, dan KAKI makan. So mmg resepi banyak dalam kepala. Apa yang biasa aku buat, buzz2 dia, tanya apa nak masak hari ini. Dan aku akan cakap la apa yang ada dalam peti sejuk. Then dia akan keluarkan resepi-resepi yang sesuai untuk aku masak hari tu...Hahahaha..cam ala-ala MR GOOGLE gak la nie.....hahahhahaah..tapi biasa kalau nak masak style lain ni, memang boleh lah tanya dia. Kalau ikut aku, asyik pakai resepi yang sama je hari-hari. Boring!

Antara masakan yang 1st time aku masak atas bantuan rakan ku ini....ekekeke...
**masak simple pun tanya kawan ..aparaaaa**
Ikan Kembung Masak Stim chinesse style...hahahhahahaa...simple je kan..???.dah cuba buat baru tahu simple...

Ikan Kembung Masak Stim
------------------------------
Bahan-bahan : (takde sukatan ye kengkawan, campak2 jew)

Ikan kembung (kebetulan ikan tu je ada)
Halia - hiris halus
Bawang putih - hiris halus
Soon
Cendawan butang
Garam
Cuka sikit.
Cili api kalo nak pedas.- potong kasar je

Kaedahnya :

Campur je semua bahan-bahan diatas, secukup rasanya...dan STIM...hahahahhahaha
Mudah gilos!
Cubalah...hihihi

Bila makan cicah ngan sambal kicap...sodapppppsss..

Ku paparkan hasilnya.....Taraaaaaa !!!



**tak mencabar sungguh anieeeeeeeeeee...!!** hahahhaha...
Cuba la ye kengkawan....Sekali sekala makan dan masak sendiri ni sedapppps, puas hatiii...

Adiosss!

Zuraini bt Zainal

Sunday, August 22, 2010

Puding Roti

Salam.
Hari ini baru sempat nak menjengah blog dan update apa yang patut. (shhh...Hafiy tidoOoOo)
Lagi resepi yang telah dicuba untuk dikongsi bersama. Dah lama membuatnya baru hari ini dapat dikongsi.
Kepada yang berminat dengan puding roti ni, boleh cuba ya. Saya? Sedikit kurang. Tak tahu mengapa. Bukan kerana resepinya, tapi puding roti itu sendiri..ekekeke..apa laaa... Makan juga. Tapi mungkin boleh kata, bukan FAVORITE je...theeee!

Resepi Puding Roti - sumber cedok di sini
Untuk memudahkan kita tepek sini resepinya ya....


Puding Roti Sos Kastard
--------------------------------



Hasil dari percubaan pertama ini..

Bahan-bahan:

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara:

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Selamat mencuba.
Salam Ramadhan.

Zuraini bt Zainal

Wednesday, August 18, 2010

Popia Bersira Pedas . Sangat Suka !

Oh bulan-bulan puasa ni, mulalah terasa memacam nak makan. Baru ni berkesempatan berpuasa di Melaka. Saat-saat ditunggu. Dah lama tak balik kampung. Rindu kat mak, rindu kat kg..terasa lama sungguh tak balik sana. Sekali sekala dapat balik ni, cik Abang siap minta cuti untuk berada di kg lama sikit. Kalau balik Melaka, kuih favorite yang mesti beli di pasar Ramadhan adalah POPIA SIRA.
OhhhhhHHhHh...sungguh nikmat kalau dapat makan...Sekali beli mesti kena beli banyak sebab aku je makan 4-5 ketul sekali hadap. Orang lain..?? ekekekeke
Bila dah balik Paka ni, kenalah belajar-belajar buat sendiri. Sebab kami jarang ke Pasar Ramadhan kat sini. Kenapa ek? Maybe tak sempat nak pergi, cik Abang balik keje je dah time nak berbuka..lagipun makan berdua je, beli itu beli ini sapa nak makan. Bimbang membazir pulak.
Sebab nak makan juga, maka aku pun cari2 la resepi2 simple (seperti biasa) kat internet. Dan inilah yang hasilnya.

Dapat resepi dari sini , MyResepi.com .Ok aku tepekkan resepinya di sini


Popia Bersira Pedas

---------------------------


  • kulit popia secukupnya
  • UNTUK INTI
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula
  • UNTUK SAMBAL SIRA
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
  • sedikit belacan - jika suka
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula melaka@gula putih
  • garam
  • bijan sangai

Cara-cara

  1. UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  2. UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!
** hasil percubaan pertamaku ini, agak kering sikit. kena cuba lagi nampaknya...tapi still abis walaupun agak slow..uhuks!

Wajah Food Taster...



cik Abang kecik kata sedap...cik Abang besar kata, kering.. :(



Zuraini bt Zainal

Salam Ramdhan




Salam Ramdhan buat semua. Tup-tup sudah masuk hari ke-8. Oh sungguh cepat masa berlalu. Rasanya baru je nak mula berpuasa. :(
Apa-apa pun selamat menjalani ibadah puasa. Moga-moga Ramdhan kali ini kita dapat mempertingkatkan lagi segala ibadah kita.
JOM BERAMAL !

Solat Tarawikh antara amalan yg biasa dan ditunggu-tunggu pada bulan Ramadhan ini. Ia dilakukan selepas waktu Isyak dan boleh dilakukan sehingga sebelum masuknya waktu Subuh. Biasanya pada waktu inilah masjid penuh, kerana semua ingin melakukannya secara berjemaah. Boleh juga dilakukan bersendirian di rumah, seperti aku yg punya anak kecik, masih belum berkesempatan melakukannya di masjid. Takpelah janji masih buat.
Antara kelebihan-kelebihan solat sunat Tarawikh.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar

sumber : http://fadhilatramadhan.blogspot.com/2008/11/keistimewaan-yang-terdapat-dalam-bulan.html


Selamat Beramal.

Zuraini bt Zainal

Sunday, August 8, 2010

Ais krem Malaysia..


Kenal ais krem Malaysia atau pernah makan?
Hihihi...
Hari Khamis yang lepas, kami sempat buat ais ni. Atas permintaan anak-anak, maka direalisasikan juga impian itu. Lama juga nak ambik keputusan nak buat ais krem ni. Hamboi! mencabar sangat ke?
Serba salah..tak buat salah, buat pun serba salah juga.
Apa masalahnya?
Kalau TIDAK BUAT apa masalahnya?
1. Anak2 akan beli setiap hari di rumah jiran.
2. Anak tak reti beli sendiri, maka perlukan bantuan kawan. Kawan pun nak kena belanja juga.
3. Kawan berapa ramai ? 2 org, coz derang kembar..aduh!
4. Adik beradik sendiri lagi, belum termasuk ibu dan ayah pun kenkadang nak juga.
5. Beli hari2, setiap kali beli rm1.00 kalau 20 hari , berapa?

Kalau BUAT kenapa?
1. Kena ibu rajin la baru ibu nak buat. Ada masa, ada mood
2. Ais krem belum beku, anak dah sibuk nak makan.
3. Kerap kali buka tutup peti ais
4. Dapat makan lebih banyak, kalau beli limited
5. Kawan-kawan anak juga perlu diberi...PERCUMA...hari2? ye la kan...
6. Rasa terkacau bisnes jiran ..coz anak jiran tu dapat PERCUMA dari kami. Mereka takyah beli lagi.

Hmmmm...akhirnya ibu buat juga. Sebab hari-hari duk minta buatkan. Bila tengok anak beli, rasa macam...eiiii, banyaknya duit habis, sedangkan nak buat bukan susah sangat. So buat juga la.
Perasa milo, ribena, jagung dan asam. Buat sikit je...1 perasa adalah dalam 6-7 batang. Boleh la...Hopefully , bila dah hari makan2, boring la hendaknya.


Zuraini bt Zainal